AYUH, TINGKATKAN SEMANGAT KESUKANAN

Marilah kita, selaku peminat bola sepak, bersatu hati untuk menaikkan semangat kesukanan dalam menyokong pasukan yang kita minati dan menyingkir sebarang rasa ketidakpuasan yang berlebihan. Peringatan ini wajar lebih-lebih lagi setelah baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden serangan jenayah terhadap tiga pemain negara.

Faisal Halim, mangsa simbahan asid sulfurik pada 5 Mei 2024 telah menjalani tiga pembedahan setakat ini dalam proses untuk memulihkan beberapa anggota badan beliau yang melecur.

Sebelum insiden ini, pada 2 Mei, Akhyar Rashid telah mengalami kecederaan setelah diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu. Akhyar menerima empat jahitan di kepala dan dua jahitan di kaki selepas serangan dua penyamun tersebut.

Pada 7 Mei, insiden ketiga membabitkan serangan terhadap pemain bola sepak berlaku. Kali ini mangsanya ialah Safiq Rahim. Beliau diserang oleh dua lelaki bermotosikal yang memecahkan cermin belakang keretanya ketika beliau memandu di Jalan Seri Gelam menghala ke Pantai Lido, Johor Bahru.

Sama-sama kita doakan agar mereka bertiga tabah menghadapi cabaran ini dan cepat sembuh daripada kecederaan dan trauma serta tiada lagi kejadian sebegini rupa berulang kepada seiapa pun pada amnya dan pemain bola sepak khususnya pada masa hadapan.

Mengimbau semangat yang disemai oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri yang pertama dan Presiden FAM ketika menyambut kemerdekaan negara, di mana beliau percaya bahawa sukan terutamanya bola sepak dapat dijadikan simbol perpaduan negara.

Pemain-pemain Malaysia yang terdiri daripada latar belakang yang pelbagai bersatu untuk mengharumkan nama negara, manakala lapisan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama bersorak bersama.

Ayuh kita teruskan semangat Tunku. Bola sepak ialah sukan rakyat. Kita bersatu untuk meningkatkan semangat kesukanan.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#MuziumSukanMalaysia
#galeriharimaumalaya
#harimaumalaya

Let’s show our sporting spirit.

As football fans, we must unite to raise the spirit of sportsmanship in supporting our team and eliminate any excessive dissatisfaction we might have towards them. This reminder is deemed appropriate after we were recently taken aback by incidents of criminal attacks against three national players.

Faisal Halim, the victim of the sulphuric attack on May 5, 2024, has undergone three surgeries so far and is in the process of recovery.

Prior to this incident, on May 2, Akhyar Rashid was injured after being attacked by two men in his residential area in Kuala Terengganu. Akhyar received four stitches in his head and two in his head following the ordeal.

On May 7, a third incident occured involving football player Safiq Rahim. He was attacked by two men on a motorcycle who broke the rear window of his car whilst driving on Jalan Sri Gelam towards Lido Beach, Johor Bahru.

We pray that the three of them persevere in facing these challenges and recover smoothly from their injuries and trauma, and for there to be no more incidents like this to happen again to anyone in general and to football players in particular.

Recalling the words of Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Malaysia’s first prime minister who was also President of FAM when celebrating the country’s independence, he believed that sports, especially football, can be a symbol of national unity.

Malaysian players from diverse backgrounds stood united to make the country proud, while people from different races and religions cheered on together.

Tunku’s ethos should still be emulated today. Football is the people’s sport. We remain united to show our sporting spirit.

Leave A Reply

Your email address will not be published.