Keseteruan Malaysia dan Korea Selatan ⚽️
Malaysia dan Korea Selatan merupakan seteru dalam arena bola sepak pada era- 1970an.
Kedua-dua belah negara sering bertemu di kejohanan serantau seperti Pestabola Merdeka, Piala Presiden Park dan Piala Raja Thai selain daripada saingan kelayakan Olimpik, Piala Asia dan sebagainya.
Perlawanan Malaysia-Korea Selatan sentiasa menarik penonton ke stadium. Pada tahun 1976, di mana Malaysia dan Korea bertemu tiga kali, lebih daripada 30,000 penonton membanjiri stadium di Kuala Lumpur, Seoul dan Bangkok.
Tahun 1976 menyaksikan pasukan kebangsaan berjaya merampas kembali Piala Merdeka setelah mengalahkan Jepun 2-0 di pentas akhir. Sebelum itu di perlawanan pembukaan pada 7 Ogos, Malaysia mengalahkan juara bertahan Korea Selatan 2-1 dengan jaringan gol daripada Mokhtar Dahari dan Isa Bakar.
Sebulan kemudian pada 11 September, Mokhtar dan Isa sekali lagi menjadi duri dalam daging bagi Korea Selatan apabila mereka berjaya menjaringkan gol di Seoul semasa kedua-dua negara berentap semasa kejohanan Piala Presiden Park. Malaysia mengejutkan penonton yang membanjiri stadium dengan mendahului 3–0 pada separuh masa pertama dengan gol pertama dijaringkan oleh Wan Rashid.
Pada minit ke-79, Malaysia mendahului tuan rumah 4-1. Dengan perlawanan hanya berbaki 11 minit, kemenangan besar di bumi Seoul nampaknya menjadi kenyataan. Namun, penyokong tempatan menarik nafas lega apabila pasukan “Taegeuk Warriors“ bangkit melalui penyerang bintang mereka, Cha Bum-kun, yang berjaya membuat jaringan hatrik dalam masa 5 minit. Akhirnya, perlawanan berkesudahan 4-4 dan musnahlah harapan pasukan negara untuk mencatat kemenangan ke atas Korea Selatan di laman mereka sendiri.
Pada penghujung tahun 1976, kedua-dua negara bertemu sekali lagi di Stadium Nasional, Bangkok bagi saingan Piala Raja Thai. Kali ini pasukan negara berjaya menyingkir juara bertahan Korea Selatan 3-2 melalui sepakan penalti setelah terikat 1-1 selepas tamat waktu tambahan. Malaysia seterusnya menjulang Piala Raja Thai buat kali kedua. Mereka dinobatkan johan bersama dengan pasukan tuan rumah setelah seri 1-1 pada perlawanan akhir.
Kali terakhir Malaysia berentap dengan Korea Selatan adalah di Piala Asia 2023, di mana mereka seri 3-3. Pada perlawanan tersebut, jaringan gol Faisal Halim dinobatkan gol terbaik kejohanan.
Begitulah keseteruan dan kehebatan kedua-dua pasukan Malaysia dan Korea Selatan. Masing-masing memberi tentangan hebat dan perlawanan sentiasa sengit, dan berjaya menarik puluhan ribu penyokong membanjiri stadium.
//
During the 1970s, Malaysia and South Korea were rivals in the football arena. The two countries often met in regional tournaments such as the Merdeka Tournament, President Park’s Cup, and the Thai King’s Cup in addition to the Olympic Qualifiers, Asian Cup and so on.
Malaysia-South Korea matches would attract many spectators to the stadium. In 1976, where Malaysia and South Korea met three times, more than 30,000 fans flooded stadiums in Kuala Lumpur, Seoul and Bangkok.
1976 saw the Malaysian national team reclaim the Merdeka Tournament trophy after defeating Japan 2-0 in the finals. Before that in the opening match on August 7, Malaysia defeated defending champions South Korea 2-1 with goals from Mokhtar Dahari and Isa Bakar.
A month later on September 11, Mokhtar and Isa again became a thorn in South Korea’s side when the two nations faced off in Seoul for the President Park’s Cup and they continued to score. Malaysia surprised the crowd by leading 3-0 in the first half with the first goal scored by Wan Rashid.
79 minutes in, Malaysia led the hosts 4-1. With 11 minutes left to the match, a big win on Seoul soil was close to becoming a reality. However, home fans could finally breathe a sigh of relief after their star striker Cha Bum-kun managed to score a hat trick in five minutes. The match ended 4-4, dashing Malaysia’s hopes of recording a victory over South Korea away from home.
Towards the end of 1976, the two rivals met again at National Stadium, Bangkok for the Thai King’s Cup. The Malaysian national team prevailed by eliminating South Korea 3-2 in a penalty shootout. The teams had tied 1-1 after extra time. Malaysia went on to lift the Thai King’s Cup for their second time after being crowned joint champions with hosts Thailand, concluding a 1-1 draw in the final match.
The last time Malaysia faced South Korea was at the 2023 Asian Cup, where they drew 3-3. Faisal Halim’s goal in the match was declared the best goal of the tournament.
That is the rivalry and greatness of Malaysia and South Korea, with each country always giving a good fight and the matches were fierce, attracting tens of thousands of fans to watch the spectacle for themselves.