Kejuaraan Malaysia di Piala Thomas 1992

Pada 16 Mei 1992, lebih 10,000 peminat membanjiri Stadium Negara untuk menyaksikan Malaysia merampas semula Piala Thomas selepas 25 tahun.

Malaysia memenangi bidaan untuk menganjurkan Piala Thomas dan Uber tahun itu menepikan Indonesia dan China. Perubahan format juga diluluskan untuk perlawanan perseorangan ketiga dimainkan terakhir sekali dalam lima perlawanan di pusingan akhir. 

Sebagai setiausaha Persatuan Badminton Malaysia pada masa itu, legenda badminton negara Datuk Punch Gunalan sangat bersukacita dengan kedua-dua keputusan tersebut. Malaysia, yang dikatakan mempunyai pasangan hebat dalam beregu lelaki, telah lama mendesak format ini dengan harapan dapat memecahkan rentak lawan mereka. 

Punch Gunalan, yang dikenali bersama gandingannya Ng Boon Bee, pernah mewakili Malaysia pada Piala Thomas 1970, di mana mereka menjadi naib juara kepada Indonesia setelah pertarungan 2-7 pada pusingan akhir.

Bagi peringkat kumpulan edisi 1992, Malaysia diundi ke dalam Kumpulan B bersama England, Denmark dan Korea, manakala Kumpulan A terdiri daripada Indonesia, China, Sweden dan Thailand.

Menurut Punch Gunalan, yang juga ketua jurulatih, Malaysia dilihat sebagai pasukan ‘underdog’ dalam pertandingan tersebut. Walau bagaimanapun, dengan kelebihan bermain di tanah air sendiri serta persediaan rapi mereka, beliau berharap dapat merebut semula piala yang diidamkan itu daripada juara bertahan China manakala Indonesia juga menjadi pasukan pilihan.

Beliau mengisytiharkan bahawa ini adalah peluang terbaik mereka untuk memenangi Piala Thomas. Tiga slot pemain perseorangan diduduki oleh Rashid Sidek, Foo Kok Keong dan Kwan Yoke Meng manakala dua pasangan beregu Malaysia ialah Razif & Jalani Sidek serta Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang.

Dalam perjalanan ke peringkat akhir, Malaysia pada mulanya mengalahkan England 5-0 tetapi kemudian tewas kepada Korea Selatan 2-3 melalui kedua-dua perlawanan beregu. Namun, pasukan Malaysia bangkit semula untuk menyapu bersih, 5-0, menentang Denmark.

Nantikan posting selanjutnya di mana kami menyelami perjuangan dan kemenangan Malaysia di Piala Thomas 1992.

(Foto menunjukkan Punch Gunalan menyaksikan kemenangan Malaysia di Piala Thomas 1992)

Setelah menduduki tempat kedua dalam Kumpulan B Piala Thomas dan Uber 2026, Malaysia telah mara ke peringkat suku akhir. Selamat berjuang kepada atlet-atlet kita. 

//

Malaysia’s Victory at the 1992 Thomas Cup

On 16 May 1992, over 10,000 fans flooded Stadium Negara to witness Malaysia reclaim the Thomas Cup after 25 years. 

Malaysia won the bid to host the 1992 Thomas and Uber Cups over Indonesia and China. A format change was also approved with third singles to be played last in the best of five matches for the final rounds. As secretary of the Badminton Association of Malaysia at the time, national badminton legend Punch Gunalan was ecstatic with both decisions. With strong pairs in men’s doubles, Malaysia has long pushed for this format in hopes to break their opponents’ rhythm. 

Punch Gunalan, known for his partnership with Ng Boon Bee in men’s doubles, was previously in the 1970 Thomas Cup team, where Malaysia came runner-up to Indonesia after a 2-7 battle in the final round. 

For the 1992 group stage, Malaysia was drawn into Group B alongside England, Denmark and Korea, while Group A consisted of Indonesia, China, Sweden and Thailand.

According to Punch Gunalan, who was also chief coach, Malaysia was seen as the underdog of the competition. However, with home ground advantage and their focused preparation, he hoped to wrestle the coveted Cup away from defending champions China while Indonesia was a favourite as well.

He also declared that this was their best chance to win the Cup. The three singles slots were occupied by Rashid Sidek, Foo Kok Keong and Kwan Yoke Meng respectively while the two doubles pairs were Razif & Jalani Sidek as well as Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang. 

On the way to the finals, Malaysia first defeated England 5-0 but then stumbled and lost to South Korea 2-3 through both double matches. However, the Malaysians bounced back to secure another 5-0 clean sweep against Denmark. 

Stay tuned as we dive deeper into Malaysia’s journey and victory at the 1992 Thomas Cup in our next post. 

(Photo shows Punch Gunalan witnessing Malaysia’s win at the 1992 Thomas Cup)

After placing second in Group B of both the 2026 Thomas and Uber Cup, Malaysia has advanced to the quarter-finals. We wish our athletes all the best. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.