Selamat Hari Lahir, Datuk Zaiton Othman!

Legasi Lagenda ingin mengucapkan selamat hari lahir ke-67 kepada “wanita besi” olahraga Malaysia, Datuk Zaiton Othman! 

Dilahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang, Zaiton mula berminat dengan sukan larian semasa zaman persekolahan dan seronok rasa adrenalin daripada sukan tersebut. 

Zaiton yang dibesarkan dalam suasana kampung memangnya aktif sejak kecil lagi dan rajin membantu ibu bapanya yang bekerja sebagai petani. Kerja keras dan pengorbanan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Beliau mengatakan bahawa kekuatannya datang daripada asuhan keluarga yang juga dijadikan semangat dalam bidang sukan. 

Ketika berusia 22 tahun, Zaiton mencapai status Ratu Heptatlon di Sukan SEA Manila 1981, antara momen paling besar dalam kerjaya olahraga beliau. Beliau memenangi tiga pingat emas dalam acara heptatlon, 4x100m and 4x400m. Kedua-dua acara ‘relay’ tersebut terdiri daripada Zaiton, Datin Paduka Mumtaz Jaafar, V. Angamah dan Saik Oik Cum. Mereka juga telah memecah rekod Sukan SEA bagi acara 4x400m. Selain itu, Zaiton berjaya memenangi pingat perak dalam acara lompat tinggi dan gangsa dalam lompat jauh. 

Pada Kejohanan Balapan dan Padang Asia 1981, kuartet ikonik itu membawa pulang satu lagi pingat emas dalam acara 4x400m dan Zaiton memenangi pingat gangsa dalam acara heptatlon. Kemudian pada tahun 1982, Zaiton malangnya terlepas pingat Sukan Asia setelah menamatkan acara heptatlon di tempat ke-4. 

Dengan segala pencapain yang diraih, beliau dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 1982 manakala rakat atletnya Rabuan Pit mendapat anugerah Olahragawan Kebangsaan. Mereka kerap berlatih bersama pada era kegemilangan mereka secara dalam mahupun di luar negara termasuk Manila dan Australia. 

Zaiton sekali lagi dinobatkan Ratu Heptatlon Sukan SEA pada tahun 1983 sebelum beliau berehat untuk melanjutkan pelajaran. Pada tahun 1989, Zaiton bukan sahaja kembali ke Sukan SEA tetapi berjaya merebut semula pingat emas dalam acara heptatlon. Sejurus itu, beliau mengumumkan persaraannya secara rasmi. 

Zaiton kemudiannya menjadi pegawai sukan di Majlis Sukan Negara dan Pegawai Psikologi Sukan di Institut Sukan Negara. Dari tahun 2015-2019, beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Sukan wanita pertama di Malaysia.

Semoga Datuk Zaiton Othman sentiasa berada dalam dalam keadaan sihat walafiat dan segala pencapaian serta pengorbanan beliau terus menjadi inspirasi bagi generasi muda dan yang akan datang. 

//

Legasi Lagenda would like to wish Malaysia’s “Iron Lady” of athletics, Datuk Zaiton Othman, a happy 67th birthday! 

Born in Kepala Batas, Penang, Zaiton she became passionate about running and enjoyed the adrenaline rush that came with the sport. 

Growing up in a lively ‘kampung’ atmosphere, Zaiton was active from a young age and helped her parents who were farmers. Hard work and sacrifice became part of everyday life. She has said that her strength comes from her upbringing, which led to her resilience in the field of sports.

At the age of 22, Zaiton achieved her status as the Heptathlon Queen in 1981 where she had one of her career’s biggest moments at the Manila SEA Games. She won three gold medals including heptathlon, 4x100m, and 4x400m. Both relay events consisted of Zaiton, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar, V Angamah and Saik Oik Cum. They also set a new Games record for the 4x400m event. Furthermore, Zaiton won silver in high jump and bronze in long jump. 

At the 1981 Asian Track and Field Championships, the iconic quartet brought home another gold in 4x400m while Zaiton won bronze in the heptathlon event. Later in 1982, Zaiton narrowly missed out on an Asian Games medal after placing 4th in heptathlon.

Her lauded achievements led her to be named Sportswoman of the Year in 1982 while fellow track star Rabuan Pit won the Sportsman award. They trained regularly together during their golden era in Malaysia as well as overseas such as Manila and Australia. 

Zaiton was SEA Games’ Heptathlon Queen once again in 1983 before she took a break from major competitions to further her studies. In 1989, she not only returned to the SEA Games but also reclaimed her gold medal in the heptathlon event. Following this, Zaiton officially announced her retirement. 

Zaiton went on to be a sports officer with MSN and a Sports Psychology Officer at ISN. From 2015-2019, she served as Malaysia’s first woman Sports Commissioner. 

We hope that Zaiton remains in good health and for all of her successes and sacrifices to be an inspiration for generations to come. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.