Selamat Hari Lahir ke-63, Nordin Jadi

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir ke-63 kepada legenda olahraga Malaysia dan Olimpian, Nordin Jadi! 

Nordin membuat penampilan sulung antarabangsanya di Sukan SEA 1981, di mana beliau menyertai acara 400m. Beliau memenangi pingat Sukan SEA pertamanya pada 1983 dengan merangkul pingat perak dalam acara 400m setelah tewas kepada Isidro del Prado dari Filipina, yang seterusnya menjadi pesaing utama beliau. Nordin juga memenangi pingat gangsa dalam acara 800m. 

Pada Kejohanan Olahraga Asia Kuwait 1983, Nordin merupakan satu-satunya atlet Malaysia yang dapat membawa pulang pingat setelah menduduki tempat ketiga dalam acara 400m dan mencatat rekod peribadi terbaik beliau pada masa itu dengan 46.76s. 

Nordin tentunya telah membanggakan negara apabila mewakili Malaysia Sukan Olimpik Los Angeles 1984. Beliau menduduki tempat ke-5 dalam saringan kedua-dua acara 200m dan 400m. Pada edisi berikut yang diadakan di Seoul, Nordin diberi penghormatan sebagai pembawa bendera Malaysia dan menduduki tempat ke-6 dalam saringan acara 400m. 

Pada 1985, Nordin memenangi pingat emas pertama Sukan SEA pertamanya dalam acara 400m. Bersama Joseph Phan, Murugan Sambavisam dan Rabuan Pit, Nordin merupakan pelari terakhir dalam acara 4x400m lari berganti-ganti dan berjaya membantu Malaysia membawa pulang pingat perak. Malaysia mendapat pingat emas dalam acara tersebut pada edisi Sukan SEA KL 1989, yang diwakili oleh Nordin, Hamdi Jaafar, Kenny Martin dan Samson Vellabouy. 

Setelah beliau bersara sebagai atlet, dedikasi Nordin terhadap sukan olahraga mendorong beliau untuk membina sebuah pusat latihan iaitu Kelab Olahraga Nordin Jadi (Nordin Jadi Athletic Club) di Johor. Nordin kekal aktif bersama kelab tersebut dengan melatih dan menggilap bakat generasi akan datang.

//

Happy Birthday, Nordin Jadi!

Legasi Lagenda wishes a happy 63rd birthday to legendary Malaysian athlete and two-time Olympian, Nordin Jadi! 

Nordin made his international debut at the 1981 SEA Games, where he participated in the 400m event. He then won his first SEA Games medal in 1983, where he claimed silver in the 400m race after losing to who would be his longtime rival, Isidro del Prado, from the Philippines. He also won bronze in 800m.

At the 1983 Kuwait Asian Athletics Championships, he was the only Malaysian to place after winning bronze in 400m and recorded his personal best at the time at 46.76s.

Nordin made the nation proud when he represented Malaysia at the 1984 Los Angeles Olympic Games. He placed 5th in the heats of both events, 200m and 400m. In the following edition held in Seoul, Nordin was given the honour of being Malaysia’s flag bearer. He placed 6th in his 400m heat. 

Nordin won his first SEA Games gold medal in 1985 in the 400m event. Along with Joseph Phan, Murugan Sambavisam and Rabuan Pit, Nordin anchored the quartet and also brought home silver in the 4x400m event. Malaysia won gold in the 4x400m event a couple of years later at the 1989 KL SEA Games, represented by Nordin, Hamdi Jaafar, Kenny Martin and Samson Vellabouy. 

After retiring as an athlete, Nordin’s love for the sport led him to build his own training centre, the Nordin Jadi Athletic Club (NJAC) in Johor. Nordin remains active with the club coaching and polishing the talents of the next generation. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.