Selamat Hari Lahir ke-22, Arif Aiman!

Legasi Legenda mengucapkan selamat hari kelahiran yang ke-22 kepada “MVP” Arif Aiman Hanapi. Semoga Arif Aiman dianugerahkan kesihatan yang baik dan terus melonjakkan prestasi bola sepak serta dapat bermain di pentas tertinggi.

Arif Aiman telah dinobatkan oleh Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) sebagai Pemain Paling Bernilai sebanyak tiga tahun berturut 2021-2023. Pemain muda berbakat besar ini turut menggondol anugerah Penyerang Terbaik (juga 3 kali berturut-turut), Pemain Muda Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 dan berkongsi Anugerah Kasut Emas bersama Faisal Halim pada ABK 2023.

Foto ini diambil semasa Arif Aiman mengikuti sesi latihan bersama skuad Harimau Malaya B-19, di bawah kendalian Brad Maloney dan Khan Hung Meng pada tahun 2020. Secara rasminya, kali pertama Arif Aiman bersama skuad senior adalah sewaktu perlawanan persahabatan menentang Bahrain pada 28 Mei 2021 dan beliau membuat debut perlawanan kompetitif pada 11 Jun 2021 menentang Vietnam di Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.

Setelah itu, bintang Arif Aiman terus menyinar dan beliau telah melakar namanya di persada dunia bola sepak tempatan dan antarabangsa. Kami percaya anak kelahiran Pahang ini akan terus meningkatkan mutu persembahannya dan mencipta kejayaan bersama kelabnya Johor Darul Takzim FC dan pasukan kebangsaan.

Selamat Hari Kelahiran Arif Aiman dan Selamat Maju Jaya!

//

Happy birthday, Arif Aiman!

Legasi Lagenda wishes a happy 22nd birthday to our “MVP”, Arif Aiman Hanapi! We hope that Arif Aiman is showered with good health and continues to improve his football performance to be able to play on the highest stage. 

Arif Aiman was crowned as ‘Most Valuable Player’ at the National Football Awards for three consecutive years from 2021-23. The talented young player also won the award for Best Striker (3 years in a row), Best Young Player, Best Malaysian League Goal, and shared the Golden Shoe award with Faisal Halim at the 2023 National Football Awards. 

The photo of him shown here was taken at the Harimau Malaya U-19 training session, when he was under the tutelage of Brad Maloney and Khan Hung Meng in early 2020. Arif Aiman officially made his debut with the Harimau Malaya senior team during a friendly match against Bahrain on May 28, 2021, while his competitive debut was on June 11, 2021 against Vietnam at the 2022 World Cup / 2023 Asian Cup Qualifiers. 

After that, the young star went on to make his name shine in the local and international football scene. We believe that the Pahang native will continue to improve his game and be successful with his club, Johor Darul Takzim FC, and the national team. 

Happy birthday, Arif Aiman! We wish you all the best. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.