50 Tahun Lalu: Pestabola Merdeka 1976

50 tahun lalu, pentas disediakan untuk Pestabola Merdeka edisi ke-20. Kejohanan tersebut mempertandingkan Malaysia dengan enam pasukan jemputan iaitu Jepun, Burma, Thailand, Indonesia, India, dan Korea Selatan.

1976 merupakan tahun penting dalam sejarah Harimau Malaya, di mana pasukan kebangsaan membuat penampilan sulung mereka di Piala Asia. Jadual perlawanan yang padat menyaksikan pasukan negara juga terlibat dalam Kelayakan Sukan Olimpik (peringkat Asia) dan Kejohanan Ulang Tahun Jakarta, sebelum kembali beraksi di laman sendiri, Stadium Merdeka.

Pestabola Merdeka 1976 membuka tirai dengan perlawanan besar antara Malaysia dan juara bertahan, Korea Selatan. Korea Selatan telah menewaskan Malaysia 2-1 dalam pertemuan terakhir mereka di Kejohanan Ulang Tahun Jakarta pada awal bulan Jun, dan sekali lagi menjadi pasukan pilihan kejohanan. 

Kemenangan mengejut 2-1 buat Malaysia disaksikan oleh 30,000 penonton yang hadir. Mokhtar Dahari dan Isa Bakar merupakan penjaring gol bagi perlawanan tersebut. Seterusnya, Malaysia mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang Thailand, sebelum menewaskan India (5-1), Indonesia (7-1), dan Burma (3-1).

Perlawanan peringkat kumpulan terakhir antara Malaysia dan Jepun bakal menentukan sama ada Jepun akan mara ke pusingan akhir. Jika pasukan Jepun tewas, tempat diidamkan itu akan menjadi milik Korea Selatan. Malaysia, yang telah pun mengesahkan tempat mereka di pentas akhir, tetap memberikan aksi terbaik dalam perlawanan sengit yang berakhir dengan keputusan seri 2-2. John Engkatesu berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-12, sebelum Jepun menyamakan kedudukan sepuluh minit kemudian.

Malaysia terpaksa menunggu hingga separuh masa kedua untuk mendapatkan gol kedua menerusi kapten pasukan, Soh Chin Ann. Namun, apabila rentak permainan Malaysia mula perlahan, Jepun berjaya menjaringkan satu lagi gol dengan baki lapan minit perlawanan.

Keputusan seri ini bermakna Malaysia dan Jepun akan bertemu sekali lagi, kali ini untuk merebut piala berprestij, Piala Merdeka. Kami akan mengimbas kembali perlawanan akhir Pestabola Merdeka 1976 dalam catatan seterusnya.

//

50 years ago, the stage was set for the 20th edition of the Merdeka Tournament. The competition pitted Malaysia against six invited teams including Japan, Burma, Thailand, Indonesia, India and South Korea.

1976 was a major year in Harimau Malaya history whereby the national team made their Asian Cup debut. The calendar kept the team busy with the Olympic Games – Asian Men’s Qualifiers and the Jakarta Anniversary Tournament before playing back home at Stadium Merdeka. 

The 1976 Merdeka Tournament opened with a big match between Malaysia and defending champions South Korea. South Korea won 2-1 against Malaysia during their last meet at the Jakarta Anniversary Tournament earlier in June and were again the favourites of the tournament. 

It was a surprise 2-1 victory for Malaysia as witnessed by 30,000 spectators in the stands. Mokhtar Dahari and Isa Bakar were goalscorers of the match. Malaysia then went on to draw Thailand 0-0, before trouncing India (5-1), Indonesia (7-1) and Burma (3-1).

The final group match between Malaysia and Japan would decide whether Japan would advance to the final round. If they lost, the place would go to South Korea. Malaysia, who had already secured their spot, still gave it their all in a tough match that ended in a 2-2 draw. John Engkatesu scored the first goal in the 12th minute before Japan equalised ten minutes later.

It took them until the second half to deliver their second goal through captain Soh Chin Ann. However, with Malaysia slowing down the pace, Japan managed to score again with eight minutes left in the match. 

A draw concluded that Malaysia and Japan would meet again to fight for the coveted Merdeka Cup. We’ll delve into the outcome of the final in the next post.

Leave A Reply

Your email address will not be published.