Selamat Hari Kelahiran ke-65, Zulkifle Hamzah!

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir kepada “Young Boy” Zulkifle Hamzah yang genap 65 tahun pada hari ini.

Anak kelahiran Kelantan, Zulkifle memulakan kerjaya bola sepak beliau apabila dipilih untuk menganggotai pasukan belia Terengganu untuk Piala Razak 1976. Beliau membuktikan bakat yang ada pada dirinya untuk layak beraksi bersama pasukan senior pada tahun berikutnya. Pada masa itu, Zulkifle merupakan salah seorang penjaring terbanyak bagi Terengganu dan berjaya membantu pasukannya menjadi naib juara Piala Malaysia 1982.

Pada usia 21 tahun, Zulkifle menyertai skuad Pra-Olimpik 1980 setelah dipilih untuk menjalani latihan pusat. Beliau berjaya menjaringkan satu gol semasa kejohanan Kelayakan Asia menentang Brunei, di mana Malaysia menang 3–1. Dua lagi gol dijaringkan oleh James Wong. 

Malangnya, walaupun layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980, Malaysia membuat keputusan untuk memulau temasya sukan tersebut sebagai protes terhadap pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan. Sebagai imbuhan, skuad Olimpik 1980 dibawa membuat ‘World Tour’. Zulkifle dan rakan sepasukan dapat melancong ke London, New York dan Brazil untuk dua minggu sebelum terbang ke Zurich dan Jerman Barat untuk bermain beberapa lagi perlawanan persahabatan. 

Ini juga merupakan persediaan Harimau Malaya sebelum mereka ke Kuwait untuk Piala Asia 1980, di mana Zulkiflie menjaringkan dua daripada lima gol Malaysia sepanjang pertandingan itu. 

Zulkifie Hamzah memangnya seorang pemain yang bersemangat tinggi dan berdedikasi dalam dunia bola sepak sebelum beliau bersara pada tahun 1989. Semoga segala kejayaan dan pengorbanan beliau sentiasa dikenang dan dijadikan inspirasi untuk generasi muda dan yang akan datang. 

//

Happy birthday, Zulkifle Hamzah!

Legasi Lagenda wishes a happy birthday to “Young Boy” Zulkifle Hamzah who turns 65 years old today! 

Born in Kelantan, Zulkifle began his football journey when joining his state’s youth team for the 1976 Razak Cup before his talents proved him worthy to play with the senior team in the following year. He became one of Terengganu’s top scorers and helped the team become runners-up of the 1982 Malaysia Cup.

At 21 years old, Zulkifle was the youngest player to join Malaysia’s 1980 Pre-Olympic squad after being selected for centralised training. At the Asian Qualifiers, Zulkifle managed to score a goal during their match against Brunei, where Malaysia won 3–1. Two more goals were scored by James Wong.

Unfortunately, despite qualifying for the 1980 Moscow Olympics, Malaysia made the decision to boycott the Games as a protest against Russia’s invasion of Afghanistan. Instead, the Olympic squad was rewarded with a “World Tour”. Zulkifle and his teammates spent two weeks in London, New York and Brazil before flying to Zurich and West Germany to play a few more matches. 

This also served as preparation for Harimau Malaya before they headed to Kuwait for the 1980 Asian Cup, where Zulkifle scored two out of Malaysia’s five goals during the competition. 

Zulkifle Hamzah was passionately dedicated to football before retiring in 1989. We hope that all of his successes and sacrifices will be remembered and become an inspiration for generations to come.

Leave A Reply

Your email address will not be published.