Selamat Hari Lahir ke-65, Hanapiah Nasir

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir kepada “Ironman” Malaysia, Hanapiah Nasir.

Lahir pada tahun 1957, karier olahraga Hanapiah bermula dengan semangat dan jati diri beliau yang tinggi. Beliau berlatih dengan sendiri apabila berhijrah dari Jasin ke Kuala Lumpur pada umur 19 tahun. Dua tahun selepas itu, Ishtiaq Mubarak mengesan bakat Hanapiah dan mengambil beliau bawah pengawasannya. Tahap kecergasan yang tinggi dan bakat semula jadi dalam pelbagai acara membolehkan beliau fokus dalam acara dekatlon.

Hanapiah memenangi acara antarabangsa buat pertama kali pada tahun 1980 di kejohanan Piala ASEAN (Piala Suharto) dalam acara 110m lari berpagar. Pada tahun berikutnya, beliau memecahkan rekod kebangsaan dalam acara dekatlon dengan kutipan mata 6,350. Di Sukan SEA Manila 1981 pula, beliau memenangi pingat emas dalam acara yang sama. Hanapiah mengulangi kejayaan tersebut pada edisi 1983 dengan mencatatkan rekod baharu kejohanan dengan 6,890 mata. Beliau turut memenangi pingat gangsa dalam acara 110m lari berpagar. 

Pada tahun 1985, Hanapiah memecahkan rekod Sukan SEA dalam acara lompat jauh dengan lompatan sejauh 7.59m. Beliau juga membawa pulang pingat emas dalam acara 110m lari berpagar dan pingat perak dalam acara 4x100m bersama Rabuan Pit, Sivaling Govindasamy dan Nordin Jadi.

Setelah memecahkan rekod kebangsaan dalam acara lompat jauh pada tahun 1986, atlet pertama dari Asia Tenggara yang berjaya melompat sejauh 7.73m, Hanapiah malangnya mengalami kecederaan pada tahun-tahun berikutnya. Ketika itulah beliau mula melatih atlet muda seperti adik-beradik Sadri, Zaki dan Nasir.

Walaupun Hanapiah tidak dapat mempertahankan kejuaraan di Sukan SEA 1987 dan 1989, beliau kembali dengan gagah pada tahun 1991 di tempat yang sama beliau mula-mula memenangi pingat emas dekatlon. Beliau membuktikan semangat juang yang kental dalam dirinya dengan membawa pulang pingat gangsa.

Hanapiah kemudiannya bersara sebagai atlet untuk menumpukan perhatian mengasah bakat para atlet muda. Setelah menerima diploma kejurulatihan, beliau menjadi ketua jurulatih olahraga kebangsaan daripada tahun 2005 hingga ke 2009. Di sinilah beliau menurunkan ilmunya kepada bakat-bakat baharu.

Kami berharap sang legenda terus menjadi inspirasi kepada anak muda dan kekal sihat.

//

Legasi Lagenda wishes Malaysia’s “Ironman” Hanapiah Nasir a very happy birthday. 

Born in 1957, Hanapiah Nasir’s athletic career began through sheer will and passion. When he moved from Jasin to Kuala Lumpur at the age of 19, he trained on his own. Two years later, he was approached by Ishtiaq Mubarak, who took Hanapiah under his wing. Hanapiah’s high fitness level and natural talent in all events led him to focus on decathlon.

Hanapiah won his first international event at the 1980 ASEAN Cup (Suharto Cup) in the 110m hurdles event. In the following year, he broke the decathlon national record at the national championships with 6350 points. At the 1981 Manila SEA Games, he won his first gold medal in decathlon. It was a victory he would repeat in the 1983 edition while also breaking the championship record with 6890 points, as well as winning the bronze medal in 110m hurdles. 

In 1985, Hanapiah broke the SEA Games’ record in long jump (7.59m) while also bringing home the gold medal in 110m hurdles and silver for 4x100m relay with Rabuan Pit, Sivaling Govindasamy, and Nordin Jadi. 

After breaking the national long jump record in 1986 – the first Southeast Asian athlete to jump 7.73m – Hanapiah unfortunately suffered several injuries in the following years. In the meantime, he began coaching younger athletes such as the Sadri brothers, Zaki and Nasir. 

Although he missed defending his titles at the 1987 & 1989 SEA Games, he came back strong in 1991. As he returned to the same venue which saw him win his first gold medal in decathlon, he proved himself as a fighter by bringing home the bronze medal.

Hanapiah then retired to focus on nurturing new talent. After receiving his diploma in coaching, he became the national chief coach in athletics from 2005 to 2009, where he shared his wisdom with upcoming talents.

We hope he continues to be an inspiration for young talents and to remain in good health.

Leave A Reply

Your email address will not be published.