Tahukah Anda? Siaran Langsung Olimpik 1972 – Jerman Barat v Malaysia

Perlawanan pembukaan acara bola sepak di Sukan Olimpik Munich 1972 antara Jerman Barat dan Malaysia ditayangkan secara langsung ke kaca TV buat tatapan rakyat Malaysia. 

Siaran terus menerus itu dibawa oleh TV Malaysia pada 27hb Ogos 1972 melalui stesen satelit bumi di Kuantan. Ia menelan belanja kira-kira dua ratus ribu ringgit.

Pasukan Malaysia mendapat penghormatan apabila menjadi lawan tuan rumah dalam perlawanan pembukaan. Ia juga sejarah buat Harimau Malaya yang pertama kali layak ke Sukan Olimpik.

Walaupun Malaysia tewas 0–3, pasukan kebangsaan berjaya menawan hati 60,000 penonton yang hadir di Olympiastadion, Munich. Pasukan negara memberi tentangan yang hebat, lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama di mana mereka berjaya mengikat lawan 0–0.

Siaran ini merupakan siaran kedua sukan dari luar negara yang di bawa secara langsung oleh TV Malaysia. Kali pertama adalah pertandingan tinju ‘heavyweight’ antara Muhammad Ali dan Joe Frazier yang berlangsung di Madison Square Garden, New York pada 8hb Mac 1971.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya

//

Did you know?
Live telecast of West Germany v Malaysia 

The opening football match at the 1972 Munich Olympic Games between West Germany and Malaysia was shown live on TV for Malaysians to watch. 

The live telecast was brought to screens by TV Malaysia on August 27, 1972 through a satellite station in Kuantan. It was believed to have cost RM200,000 to air the event.

Malaysia was given the honour of being the hosts’ opponent in the opening match. It was a momentous occasion for Harimau Malaya as it was their first time qualifying for the Olympic Games. 

Although Malaysia lost 0-3, the national team won the hearts of 60,000 spectators who came to Olympiastadion, Munich. The national team gave a good fight, especially as they managed to keep the other team from scoring in the first half. 

This was the second foreign live broadcast transmitted by TV Malaysia. The first was a heavyweight boxing match between Muhammad Ali and Joe Frazier, which took place at Madison Square Garden, New York on March 8, 1971.

Leave A Reply

Your email address will not be published.