Anugerah Sukan Negara 1982 – Rabuan Pit & Zaiton Othman
Pada Sukan Asia 1982, Rabuan Pit dinobatkan sebagai Raja Pecut Asia setelah memungut pingat emas 100m dengan masa 10.68s. Kejayaan beliau menamatkan kemarau 16 tahun bagi Malaysia selepas Tan Sri Dr M. Jegathesan memenangi pingat emas 100m pada tahun 1966. Rabuan juga memenangi pingat gangsa dalam acara 200m.
Seorang yang pemalu dan rendah diri, Rabuan berterima kasih kepada bapa beliau dan jurulatih Nashatar Singh atas dorongan mereka sejak permulaan karier olahraga beliau. Namun, keazaman dan pengorbanan Rabuan yang membawa beliau ke atas podium pemenang. Semasa waktu rehat ketika bertugas bersama PRDM, Rabuan mengikuti rutin latihan yang dirancang oleh beliau sendiri.
Pencapaian beliau pada tahun sebelumnya termasuk dua pingat pingat Sukan SEA 1981 (acara 200m, 400m), pingat perak dalam acara 100m di Kejohanan Trek dan Padang Terbuka Australia, dan pelari finalis di Kejohanan Balapan dan Padang Asia.
Sementara itu, Datuk Zaiton Othman mencapai status sebagai Ratu Heptatlon. Dilahirkan di Pulau Pinang, Zaiton merupakan seorang anak aktif yang selalu membantu bapa beliau di kebun getah. Beliau berumur 10 tahun apabila beliau mewakili sekolah dalam acara 4x100m buat pertama kali.
Salah satu detik terbesar dalam karier Zaiton adalah pada penghujung tahun 1981, di mana beliau memenangi tiga pingat emas di Sukan SEA Manila: acara heptatlon, 4x100m, dan 4x400m. Beliau juga memenangi perak dalam acara lompat tinggi dan gangsa bagi lompat jauh.
Pada Kejohanan Balapan dan Padang Asia 1981, Zaiton membawa pulang pingat gangsa dalam heptatlon dan pingat emas dalam acara 4x400m (bersama Saik Oik Cum, V. Angamah dan Mumtaz Jaafar). Manakala pada tahun 1982, pingat Sukan Asia New Delhi tercicir daripada genggaman Zaiton setelah menamatkan acara heptatlon di tempat ke-4.
Kejayaan kedua-dua atlet negara ini telah membawa mereka untuk dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Negara 1982.
//
National Sportsman & Sportswoman of 1982 – Rabuan Pit & Zaiton Othman
At the 1982 Asian Games, Rabuan Pit was named the “fastest man in Asia” after securing the 100m gold medal in only 10.68 seconds. It ended Malaysia’s 16-year sprinting drought after Tan Sri Dr. M. Jegathesan’s 100m win in 1966. He also won bronze in 200m.
A shy and humble man in nature, he thanked his father, and his coach Nashatar Singh, for their support since the beginning of his athletic career. However, it was his perseverance and sacrifices that led him on to the podium. When he was not on duty with the PRDM, Rabuan followed a training routine developed by himself.
Rabuan’s achievements in the previous year include two silver medals at the 1981 SEA Games (200m, 400m), silver in the 100m event at the Australian Open Track and Field Championships, and being a finalist at the Asian Track and Field Championships.
Meanwhile, Datuk Zaiton Othman achieved her status as Heptathlon Queen. Born in Penang, Zaiton was an active child helping her father at a rubber plantation. She first represented her school at 10 years old in the 4x100m event.
Zaiton had one of her biggest moments at the tail-end of 1981 where she won three gold medals at the Manila SEA Games: heptathlon 4x100m, and 4x400m. She also won silver in high jump and bronze for long jump.
At the 1981 Asian Track and Field Championships, Zaiton brought home a bronze in heptathlon and a gold medal in 4x400m (with Saik Oik Cum, V. Angamah dan Mumtaz Jaafar). Whilst in 1982, Zaiton narrowly missed out on a medal after placing 4th at the Asian Games in New Delhi.
The achievements of both of these athletes led them to be crowned National Sportsman and Sportswoman of 1982.