Selamat Hari Lahir, Safee Sali!

Pada tahun 2007, Safee Sali terpilih untuk menyertai pasukan Malaysia B-23 yang memenangi Piala Merdeka. Setelah mengalahkan Myanmar 3–1, Safee dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan empat gol. Beliau kemudian bermain di Sukan SEA 2007, di mana beliau berjaya menjaringkan dua gol sebelum Malaysia tersingkir pada peringkat kumpulan. 

Safee Sali mencapai kap pertama dalam pasukan senior melalui perlawanan persahabatan menentang New Zealand pada tahun 2006, sebelum beliau diserapkan secara rasmi untuk persediaan Piala Asia AFC 2007. Beliau muncul sebagai penjaring terbanyak sekali lagi di Piala Merdeka 2008 dengan 5 gol kesemuanya. Malangnya, Malaysia tewas kepada Vietnam (5-6 selepas sepakan penalti) pada perlawanan akhir. 

Apabila Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 buat pertama kali, Safee juga mencipta sejarah sebagai penjaring gol terbanyak dengan 5 gol. 

Dalam kerjaya kelab, skuad pertama yang disertai beliau ialah Kuala Lumpur FA pada tahun 2003, di mana beliau menjaringkan 11 gol pada musim pertama. Pada 2006, beliau menyertai Selangor dan diberikan jersi nombor 10, nombor keramat, kerana ia pernah dipakai oleh legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari. 

Pada 2011, Safee menjadi pemain Malaysia yang pertama untuk beraksi di Liga Super Indonesia apabila menyertai kelab Pelita Jaya selama dua tahun. Selepas dua tahun di luar negara, Safee kembali ke tanah air untuk bermain dengan Johor Darul Ta’zim FC sehingga 2017 sebelum berpindah ke PKNS dan kemudian PJ City. Bersama Selangor dan JDT, Safee telah menjuarai Liga Super Malaysia, Piala Sumbangsih dan Piala FA. 

Safee memenangi Piala Malaysia buat pertama kali pada tahun 2021 bersama KL City selepas menewaskan JDT FC 2-0 pada perlawanan akhir. Ia merupakan kejayaan yang cukup manis bagi Safee, selepas 20 tahun dalam kerjaya bola sepak sebagai penyerang berbisa. 

Pada 2022, Safee mencipta rekod sebagai satu-satunya pemain Malaysia yang beraksi dalam dua perlawanan akhir Piala AFC. Beliau dipilih untuk bermula pada 2015 bersama JDT dan masuk sebagai pemain gantian pada 2022 untuk KL City FC. 

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya

//

Happy birthday, Safee Sali!

Born on January 29, 1984.

Safee Sali was selected to join Malaysia U-23 team that won the 2007 Merdeka Tournament. After they defeated Myanmar 3–1 in the finals, Safee was crowned top scorer with a total of four goals. He then played at the 2007 SEA Games, where he managed to score two goals before Malaysia crashed out after the group stage. 

Safee achieved his first cap in the senior team in a friendly match against New Zealand in 2006 before he officially became part of the national team to prepare for the 2007 AFC Asian Cup. He was top scorer once again at the 2008 Merdeka Tournament with 5 goals total. Unfortunately, Malaysia lost to Vietnam (5-6 through penalty kicks) in the final match. 

Another top scoring title was achieved at the 2010 AFF Suzuki Cup, where Malaysia emerged as the champions for the first time. 

In his club career, the first squad he was a part of was Kuala Lumpur FA in 2003, where he scored 11 goals in his first season alone. In 2006, he joined Selangor and was given the number 10 jersey, famously worn by the late Mokhtar Dahari. 

In 2011, he became the first Malaysian to play in the Indonesian Super League when he joined Pelita Jaya for two years. After his overseas stint, he returned to play with Johor Darul Ta’zim FC until 2017 before transferring to PKNS and then PJ City. With both Selangor and JDT, Safee has won the Malaysian Super League, the Charity Shield and the FA Cup.

Safee won his first Malaysia Cup title in 2021 with KL City after defeating JDT FC 2–0 in the final. It was a momentous occasion for the forward player after 20 years of playing football. 

As of 2022, Safee is the only Malaysian footballer to have played in two AFC Cup finals. He was selected to start in 2015 and came in as a substitute in 2022. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.