1996 – Pingat perak Olimpik pertama Malaysia
Pada Sukan Olimpik Atlanta 1996, peluang Malaysia untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat perak pertama terjamin. Pingat perak mahupun emas, akan menjadi pingat kemenangan tertinggi bagi Malaysia pada ketika itu di pentas sukan berprestij dunia. Sebelum ini, Malaysia telah memenangi pingat gangsa buat kali pertama pada 1992 melalui Razif dan Jalani Sidek dalam acara badminton beregu lelaki.
Empat tahun kemudian, kemenangan pingat bergantung kepada pasangan beregu lelaki sekali lagi apabila Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock mara ke perlawanan akhir. Dalam perjalanan mereka ke pentas akhir, pasangan No. 2 dunia telah bertemu Ge Cheng & Tao Xiaoqiang dari China (18-8, 15-2) dan Ha Tae-kwon & Kang Kyung-jin dari Korea Selatan (18-17, 15-8) sebelum berentap dengan gandingan dari Indonesia, Anthonius Ariantho & Denny Kantono (15-10, 15-4), pada pusingan separuh akhir.
Menanti mereka di peringkat akhir ialah pemain beregu lelaki No. 1 dunia, Rexy Mainaky & Ricky Subagja. Malaysia bermula dengan permainan yang hebat dan berjaya menewaskan pasangan dari Indonesia itu 15-5 pada set pembukaan. Namun, juara Piala Dunia badminton bangkit semula untuk memenangi set kedua dan ketiga 15-13, 15-12. Pingat emas menjadi milik mereka.
Setelah kekecewaan acara beregu lelaki, Rashid Sidek berjaya merangkul pingat kedua untuk Malaysia dalam perlawanan pingat gangsa acara perseorangan lelaki. Dalam keputusan yang tidak dijangka, pemain di tangga ke-8 Olimpik itu mengalahkan juara dunia Heryanto Arbi dari Indonesia 5-15, 15-11, 15-6 untuk membawa pulang gangsa. Kemenangan tersebut bukan sahaja merupakan pingat kedua Malaysia pada edisi itu, malah merupakan pingat acara individu yang pertama bagi Malaysia.
//
1996 – Malaysia’s First Olympic Silver Medal
At the 1996 Atlanta Olympic Games, Malaysia was guaranteed to win at least a silver medal. Whether they manage to bring home gold or silver, it would be their highest winning medal yet at the prestigious world event. Malaysia previously won their first bronze in 1992, which was achieved by Razif and Jalani Sidek for badminton.
Four years later, the win would rest on men’s doubles badminton once again as second-seeded pair Cheah Soon Kit and Yap Kim Hock reached the final round. On the way to the finals, they met China’s Ge Cheng & Tao Xiaoqiang (18-8, 15-2) and South Korea’s Ha Tae-kwon & Kang Kyung-jin (18-17, 15-8), before meeting Indonesia’s Anthonius Ariantho & Denny Kantono (15-10, 15-4) in the semi-finals.
Awaiting them at the finals were first-seeded Rexy Mainaky & Ricky Subagja from Indonesia. Things were looking positive for Malaysia as the Indonesian pair trailed behind and lost 5-15 in the opening set. However, the World Cup titleholders bounced back to narrowly win the second and third sets 15-13 and 15-12 and the gold medal was theirs.
After the men’s doubles upset, it was down to Rashid Sidek to secure a second medal for Malaysia at the men’s singles bronze medal match. In an unexpected result, the eighth-seeded player defeated world champion Heryanto Arbi 5-15, 15-11, 15-6 for the bronze. His victory not only brought Malaysia’s medal tally to two, but gave the country their first medal in an individual event.