Selamat Hari Lahir, Maninderjit Singh!

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir ke-51 kepada dua kali Olimpian hoki negara, Maninderjit Singh! 

Maninderjit merupakan tulang belakang barisan pertahanan pasukan kebangsaan pada era 1990an hingga awal 2000an. Beliau adalah pakar pengambil pukulan sudut penalti dan terkenal dengan pukulan rendah yang padu. Beliau memulakan kerjaya dalam skuad belia negara dan bermain di Hoki Piala Dunia Remaja Barcelona pada tahun 1993. 

Pemain pertahanan yang tinggi lampai, Maninderjit mewakili Malaysia dalam pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk dua Piala Dunia pada tahun 1998 & 2002 serta Sukan Olimpik 1996 dan 2002. Pada kedua-dua edisi Sukan Olimpik, pasukan hoki kebangsaan menduduki tempat ke-11. 

Maninderjit telah juga membawa pulang pingat perak Sukan Komanwel 1998. Setelah berada di tempat pertama dalam pusingan kumpulan, Malaysia mara ke peringkat separuh akahir di mana mereka mengalahkan India 1-0. Pada perlawanan pingat emas, Malaysia malangnya tewas kepada Australia 4-0. 

Pada Piala Dunia 1998, Malaysia menduduki tempat yang ke-11 sebelum memperbaiki kedudukan mereka di Piala Dunia 2002, di mana mereka menduduki tempat ke-8 setelah tewas kepada England 3-2 dalam perlawanan penentuan. Dengan lebih 200 caps ketika itu, Maninderjit dianggap sebagai salah seorang pemain yang paling berpengalaman dalam pasukan hoki negara bersama Dato’ Mirnawan Nawawi. 

Selepas bersara, Maninderjit Singh menabur bakti dalam Konfederasi Hoki Malaysia dengan memegang jawatan sebagai Pengurus Besar (2009-2010) dan Setiausaha Agung (2010-2012).

Semoga segala pencapaian Maninderjit Singh menjadi inspirasi buat generasi muda dan akan datang. 

Legasi Lagenda wishes a happy birthday to two-time national hockey Olympian, Maninderjit Singh! 

Maninderjit was the backbone of the national team’s defense line in the 1990s to early 2000s. He was also a penalty corner specialist and was known for his powerful low shots. He began his career in the junior squad, playing with Malaysia at the 1993 Barcelona Junior World Cup. 

The tall and looming defender represented Malaysia in various international tournaments, including two World Cups (1998 & 2002) and the 1996 and 2000 Olympic Games. In both editions of the Olympics, the national hockey team placed 11th. 

Maninderjit brought home a silver medal at the 1998 Commonwealth Games. After topping the group leaderboard, Malaysia advanced to the semi-finals where they met India and defeated them 1-0. In the gold medal match, Malaysia unfortunately lost to Australia 4–0.

At the 1998 World Cup, Malaysia placed 11th before improving their standing at the 2002 edition, where they placed eighth after losing to England 3-2 in the decider. With over 200 caps then, Maninderjit was considered as one of the most experienced players on the team alongside Dato’ Mirnawan Nawawi. 

After retiring, Maninderjit gave back to the sport and held the posts of General Manager  (2009-2010) and Secretary-General (2010-2012) of the Malaysian Hockey Confederation (MHC). 

We hope that Maninderjit Singh’s achievements become an inspiration to the younger and future generations.

Leave A Reply

Your email address will not be published.