Sarjit Singh (1962 – 2026)
Legasi Lagenda ingin mengucapkan takziah kepada keluarga legenda hoki kebangsaan Sarjit Singh, yang telah meninggal dunia semalam pada 23 Ogos 2026.
Sarjit telah bertanding di Sukan Olimpik sebanyak dua kali mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Los Angeles 1984 dan Barcelona 1992. Karier antarabangsa beliau bermula bersama skuad belia termasuk menjadi kapten di Piala Dunia Junior 1982, di mana Malaysia menduduki tempat ke-empat. Kemudian pada tahun yang sama, Sarjit berjaya merangkul pingat gangsa di Sukan Asia 1982, satu kemenangan yang turut dicatat pada edisi 1990.
Selepas lebih 200 penampilan, Sarjit kembali kepada dunia hoki sebagai jurulatih. Dari 2004 hingga 2006, beliau menjadi jurulatih skuad junior sebelum dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih skuad senior pada 2007. Dengan Sarjit menerajui pasukan Speedy Tigers, mereka berjaya menduduki tempat ketiga di Piala Asia 2007, naib juara di Piala Sultan Azlan Shah dan memenangi pingat emas di Sukan SEA.
Pada tahun 2024, beliau kembali sebagai jurulatih pasukan kebangsaan sehingga Mac 2026. Dalam tempoh ini, Malaysia menduduki tempat ketiga di Piala Asia 2025 dan telah layak ke Piala Dunia Hoki 2026.
Semoga segala pencapaian dan jasa Sarjit Singh akan terus diingati serta menjadi inspirasi kepada generasi muda dan yang akan datang.
//
Legasi Lagenda wishes to extend our sincerest condolences to the family of national hockey legend Sarjit Singh, who passed away yesterday on August 23, 2026.
Sarjit was a two time Olympian, representing Malaysia at the 1984 Los Angeles and 1992 Barcelona Olympic Games. His international career began with the youth squad including being captain at the 1982 Junior World Cup, where Malaysia finished fourth. Later that year, Sarjit won the bronze medal at the 1982 Asian Games, a victory he also recorded at the 1990 edition.
After more than 200 caps under his belt, Sarjit gave back to the sport as coach. From 2004 to 2006, he coached the junior squad before getting promoted to national head coach in 2007. With Sarjit at the helm, the Speedy Tigers placed third at the 2007 Asia Cup, runners-up at the Sultan Azlan Shah Cup and won the gold medal at the SEA Games.
In 2024, he returned as the national team’s coach until March 2026. During this time, Malaysia placed third at the 2025 Asia Cup and had qualified for the 2026 Hockey World Cup.
We hope that all of Sarjit Singh’s successes and contributions to Malaysian hockey will always be remembered and inspire generations to come.