100 TAHUN FAM

100 tahun lalu, pada hari ini, Malayan Football Association (MFA) telah ditubuhkan. 

Dalam satu mesyuarat jawatankuasa Piala Malaya yang diadakan di Kelab Selangor pada 11 September 1926, wakil-wakil dari Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Singapura sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan MFA dan melantik John Middleton Sime sebagai Presiden pertama.

Pada tahun 1932, MFA membuat keputusan untuk menukar namanya kepada Football Association of Malaya (FAM) dengan Andrew Caldecott sebagai Presiden semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada 16 Januari. Mesyuarat tersebut juga memutuskan bahawa FAM akan mengambil alih penganjuran Piala Malaya secara rasmi. 

Ia merupakan tarikh bersejarah di mana perjalanan dan arah tuju bola sepak negara dapat diurus dan bergerak secara lebih teratur.

Pada tahun 1951, FAM memilih Tunku Abdul Rahman, yang kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama, sebagai Presiden tempatan pertama. Sepanjang tempoh kepimpinan beliau, Malaysia berkembang menjadi kuasa besar di peringkat Asia. Terhasil juga Stadium Merdeka dan Pestabola Merdeka, serta pembangunan yang ketara dalam kancah bola sepak negara. 

Kini, saingan bagi jawatan Presiden FAM serta Jawatankuasa Eksekutif baharu dalam proses menjelang Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 yang akan berlangsung pada 17 September 2026. Di bawah kepimpinan baharu, para peminat mengharapkan kebangkitan semula bola sepak Malaysia dan kejayaan bagi Harimau Malaya pada masa hadapan. Inilah peluang bagi badan bola sepak negara melakar sejarah baharu demi Malaysia.  

//

100 years ago, on this day, the Malayan Football Association (MFA) was born. 

During a Malaya Cup committee meeting held at the Selangor Club on 11 September 1926, representatives from Singapore, Perak, Selangor, Melaka, and Negeri Sembilan unanimously agreed to establish the MFA and elect John Middleton Sime as its first President. 

Rules and regulation drawn up by W. D. Mavor were then provisionally accepted, subjected to the confirmation of states and provinces who were not in attendance. The association would be governed by the elected council and representatives from each state and settlement.

It was a historic moment in national football history, whereby the direction and development of Malayan football could now be managed in a more orderly manner. 

A few years later, the MFA would then decide to change its name to “Football Association of Malaya” (FAM) with Andrew Caldecott taking the helm as President during their Annual General Meeting held on January 16, 1932. In this meeting, it was also decided that FAM would officially take over the organisation of the Malaya Cup.

In 1951, FAM elected their first local President, who then became Malaysia’s first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman. During his tenure, Malaysia grew to be a formidable force in Asian football, with the creation of the Merdeka Stadium and Merdeka Tournament, as well as significant development in state football. 

Currently, the race is on to elect the next FAM President and its new Executive Committee, which will be determined at FAM’s second Extraordinary Congress to be held on September 17, 2026. Under new leadership, fans are hoping for a rebirth in Malaysian football and many more successes in Harimau Malaya’s future.

Leave A Reply

Your email address will not be published.