Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 – Malaysia v Republik Kyrgyz

Malaysia 🇲🇾 4 – 3 🇰🇬 Republik Kyrgyz

⚽️ Dion Cools 7′, 77′
⚽️ Khristiyan Brauzman (GS) 72′
⚽️ Faisal Halim 90’+3

⚽️ Kayrat Zhyrgalbek 42′
⚽️ Ernist Batyrkanov 44′
⚽️ Kai Merk 57′

Harimau Malaya mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam kemenangan 4–3 ke atas Republik Kyrgyz di Stadium Nasional, KL Sports City semalam.

Walaupun Malaysia mendahului awal permainan menerusi gol Dion Cools pada minit ke-7, pasukan kebangsaan ketinggalan 1–3 pada satu ketika. Namun semangat tak kenal kalah anak didik Kim Pan-Gon bangkit dan mereka bermain bermati-matian sehingga berjaya mendapat gol kemenangan melalui Faisal Halim dalam waktu tambahan pada akhir perlawanan.

Dengan kemenangan ke atas pasukan yang berada di ranking ke-97 FIFA, Harimau Malaya berjaya mengutip tiga mata berharga dalam perlawanan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027.

Di sini kami pamerkan galeri foto yang sempat dirakam.

Harimau Malaya showcased high levels of fighting spirit in their 4-3 victory over the Kyrgyz Republic at the National Stadium, KL Sports City yesterday.

Although Malaysia had an early lead through Dion Cools’ goal in the 7th minute, the national team was trailing 1–3 at one point. However, the indomitable spirit of Kim Pan-Gon’s players rose up and they and fought hard until Faisal Halim scored the winning goal during extra time.

With a victory over the team ranked 97th in FIFA, Harimau Malaya collected 3 valuable points in their first match of the 2026 World Cup / 2027 Asian Cup Qualifiers.

Here we display a photo gallery of the match.

Leave A Reply

Your email address will not be published.