Harimau dalam Kim Pan-Gon

Foto menunjukkan jurulatih Kim Pan-Gon seperti harimau mengamuk di tepi padang semasa perlawanan Malaysia v Republik Kyrgyz tempoh hari. Ngauman beliau berterusan di dalam bilik persalinan setelah menyaksikan anak buahnya ketinggalan 1–2 pada akhir separuh masa pertama walaupun mendahului 1–0 pada awal perlawanan.

Jurulatih Kim menegaskan keyakinan itu penting tetapi tidak mahu pemain-pemain beliau ‘overconfident’ sehingga tidak menghormati lawan. 

Kata-kata nasihat dan motivasi beliau menaikkan semangat anak didiknya untuk bangkit di separuh masa kedua dan mencatat kemenangan 4–3. 

Dalam satu perkembangan yang lain, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin, telah mengesahkan perpanjangan kontrak Kim Pan-Gon selama dua tahun sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sehingga 2025.

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Kim Pan-Gon untuk terus menaikkan mutu bola sepak pasukan kebangsaan dan melonjakkan kejayaan Harimau Malaya.

//

The Tiger in Kim Pan-Gon

Photo shows Kim Pan-Gon raging like a tiger on the sidelines of the Malaysia v Kyrgyz Republic two nights ago. His roars continued into the changing rooms after watching his players 1–2 at the end of the first half despite leading 1-0 earlier in the match. 

Coach Kim insists that confidence is important but does not want his players to be overconfident to the point of disrespecting their opponent. 

His motivational words of advice lifted their spirits as they rose in the second half to record a 4–3 victory. 

In another development, FAM President Datuk Haji Hamidin Mohd Amin has confirmed that Kim Pan-Gon’s contract as head coach of Harimau Malaya has been extended for two years until 2025. 

We wish Kim Pan-Gon all the best as he continues to improve the quality of the national team and boost the success of Harimau Malaya. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.