Selamat Hari Lahir, M. Jegathesan!

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari kelahiran yang ke-80 kepada “Flying Doctor” Malaysia, Tan Sri Dr. Mani Jegathesan!

M. Jegathesan merupakan ikon legenda dalam sejarah sukan Malaysia. Pada Sukan Asia Jakarta 1962, Jegathesan mencipta sejarah sebagai atlet Malaysia pertama untuk memenangi pingat emas. Beliau turut mencipta rekod baharu dalam acara 200m dengan catatan masa 21.3s.

Pada 1966, Jegathesan menjadi pelari terpantas Asia setelah memenangi tiga pingat emas di Sukan Asia Bangkok dalam acara 100m, 200m, dan 4x100m lari berganti-ganti. Beliau adalah pemegang rekod kebangsaan untuk 100m dengan catatan masa 10.38s sebelum dipecahkan oleh Watson Nyambek 30 tahun kemudian. Pencapaian Jegathesan turut menjadikan beliau penerima anugerah Olahragawan Negara yang pertama pada tahun yang sama.

Jegathesan telah membuat tiga penampilan di Sukan Olimpik – 1960, 1964, dan 1968. Sepanjang tempoh itu, Jegathesan berkembang daripada seorang remaja menjadi doktor bertauliah. Beliau mengumumkan persaraan di Sukan Olimpik Mexico 1968, selepas larian separuh akhir acara 200m. Catatan masa beliau iaitu 20.92s menjadi rekod kebangsaan selama 49 tahun. Pada tahun 2017, Khairul Hafiz Jantan memecahkan rekod tersebut dengan catatan masa 20.90s.

Semoga segala kejayaan dan pengorbanan M. Jegathesan akan sentiasa dikenang dan dijadikan inspirasi buat generasi yang akan datang.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya

Legasi Lagenda wishes Malaysia’s “Flying Doctor”, Tan Sri Dr. Mani Jegathesan, a very happy 80th birthday!

M. Jegathesan is a legendary icon in Malaysia’s sporting history. At the 1962 Jakarta Asian Games, Jegathesan made history as the first Malaysian to win a gold medal while also setting a new games record in 200m with his time of 21.3s.

In 1966, Jegathesan became the fastest man in Asia after winning three gold medals at the Bangkok Asian Games in the 100m, 200m and 4x100m relay events. He was the national record holder for 100m with a time of 10.38s before Watson Nyambek broke it 30 years later. His achievements led him to receive the inaugural 1966 Sportsman of the Year award.

Jegathesan made three consecutive appearances at the Olympic Games – 1960, 1964, 1968. During that timespan, he went from being a teenager to a qualified doctor. He announced his retirement after his semi-final 200m run at the 1968 Mexico Olympics. His time of 20.92s would stand to be a national record over 49 years. Khairul Hafiz Jantan broke the 200m record in 2017 with a time of 20.90s.

We hope that M. Jegathesan’s successes and sacrifices will be remembered and become an inspiration for future generations.

Leave A Reply

Your email address will not be published.