Wira-Wirawati Sukan SEAP 1973

Sukan SEAP 1973 merupakan temasya sukan antarabangsa pertama yang dianjurkan di Singapura. Setelah gagal memenuhi syarat kemudahan pada tahun 1971, Stadium Nasional Kallang yang baru siap dibina memastikan Sukan SEAP mendapat rumah baharu bagi edisi 1973. 

Seramai 1,623 atlet mengambil bahagian untuk mewakili negara masing-masing iaitu Malaysia, Thailand, Republik Khmer (Kemboja), Vietnam Selatan, Burma (Myanmar), Laos dan Singapura.

Malaysia, yang menduduki tempat kedua dengan 41 pingat emas pada 1971, menaruh harapan tinggi terutamanya kepada bintang trek termasuk Olimpian Munich 1972: Baba Singhe Peyadesa, S. Sabapathy, Ishtiaq Mubarak, Junaidah Aman dan Gladys Chai. 

Sabapathy berjaya memenangi tiga pingat: gangsa dalam acara 4x100m (bersama Janun Abdullah, Maarof Hussein dan V. Sridaran, perak dalam acara 200m dan emas dalam acara 4x400m (bersama Baba Singhe Peyadesa, Harun Rasheed Othman dan Victor Asirvatham). Semua mata tertumpu kepada Peyadesa yang dijadikan pelari akhir bagi acara tersebut. Beliau berjaya pecut dengan penuh keyakinan sehingga melintasi garisan penamat untuk memberikan mereka masa 3:11.1. 

Peyadesa turut merangkul pingat emas dalam acara 400m. Beliau, yang mendahului dengan jarak 2 meter dari pelari terdekat sepanjang perlumbaan, Savin Chem dari Republik Khmer, berjaya mencatat masa 48.2s. 

Sementara itu, Ishtiaq Mubarak hanya mengambil masa 14.6s untuk memenangi pingat emas dalam acara 110m lari berpagar. Gladys Chai memecah rekod kejohanan dalam acara lompat tinggi setelah melepasi ketinggian 1.65m. Beliau turut membawa pulang pingat perak dalam acara lompat jauh. 

Malaysia mengekalkan kedudukan teratas dalam sukan badminton buat kali ketiga berturut-turut dengan jumlah empat pingat emas. Tiga daripadanya dimenangi oleh Sylvia Ng dalam acara Perseorangan Wanita, Beregu Wanita (bersama Rosalind Singha Ang) dan Berpasukan Wanita (bersama Rosalind, Sylvia Tan dan Teh Swee Pek). Punch Gunalan berjaya menjuarai acara Perseorangan Lelaki setelah menewaskan Tan Aik Mong, juga dari Malaysia, pada peringkat akhir. 

Pasukan bola sepak negara, yang membawa pulang pingat perak pada tahun 1971, malangnya tewas kepada juara bertahan Burma pada peringkat separuh akhir. Namun, mereka berjaya memperoleh gangsa setelah mengalahkan Singapura 3–0 hasil jaringan Mokhtar Dahari, Reduan Abdullah dan R. Visvanathan. 

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya

Homegrown Heroes of the 1973 SEAP Games

The 1973 SEAP Games was the first international sports event to be held in Singapore. After failing to meet facility requirements in 1971, the newly completed Kallang National Stadium ensured that the 1973 edition of the Games had found a home.  

A total of 1,623 athletes took part in the Games, representing Malaysia, Thailand, Khmer Republic (Cambodia), South Vietnam, Burma (Myanmar), Laos and Singapore. 

After finishing second with 41 gold medals in 1971, Malaysia had high hopes especially in their track stars including 1972 Munich Olympic Games competitors Baba Singhe Peyadesa, S. Sabapathy, Ishtiaq Mubarak, Junaidah Aman, and Gladys Chai.

Sabapathy won three medals including bronze in 4x100m (with Janun Abdullah, Maarof Hussein and V. Sridaran), silver in 200m and gold in 4x400m (with Baba Singhe Peyadesa, Harun Rasheed Othman and Victor Asirvatham). As Peyadesa was the anchor of the Malaysian relay team, all eyes were on him as he powered through the final leg with no hesitation until he reached the finish line, giving them a time of 3:11.1. 

Apart from 4x400m, Peyadesa also won the gold medal in the 400m event. Keeping to a nail-biting 2-metre distance from his nearest competitor for most of the race, Savin Chem from Khmer Republic, he managed to successfully clock in at 48.2s. 

Ishtiaq Mubarak secured the gold for 110m hurdles after only 14.6s while Gladys Chai broke the Games record in the high jump event with a height of 1.65m and also took home the silver medal in long jump. 

Malaysia topped the badminton leaderboard for the third time in a row with a total of 4 gold medals, three of them won by Sylvia Ng in women’s singles, women’s doubles (with Rosalind Singha Ang) and women’s team (with Rosalind, Sylvia Tan and Teh Swee Pek). Punch Gunalan won the fourth in men’s singles after defeating Tan Aik Mong, also from Malaysia, in the finals. 

The Malaysian football national team, who won silver in 1971, unfortunately lost 0–1 to defending champions Burma in the semifinals. However, they did secure bronze after defeating Singapore 3–0 through goals from Mokhtar Dahari, Reduan Abdullah and R. Visvanathan. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.