#ArkibLegasiLagenda – Jersi Keramat No. 10

Siapa dapat tandingi SuperMokh?

Inilah jersi yang pernah dipakai oleh legenda bola sepak Allahyarham Mokhtar Dahari. Jersi berwarna putih dan berkolar hitam serta berjenama Adidas buatan Jerman Barat ini dipakai oleh pasukan Malaysia pada penghujung 1970an dan awal 1980an. Jersi yang berusia lebih 40 tahun ini masih dalam keadaan baik sesuai usianya.

Ramai yang teruja mereka dapat melihat jersi ini dari dekat apabila kami mempamerkannya untuk tatapan peminat bola sepak semasa pameran Galeri Harimau Malaya (GHM) selama seminggu, 14-20 Jun 2023 di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu. 

Mereka termasuklah empat bintang Harimau Malaya, Arif Aiman, La’Vere Corbin-Ong, Paulo Josue dan Safawi Rasid. Pameran ini diadakan sempena dua Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1, di mana Malaysia menentang Solomon Islands dan Papua New Guinea. 

Nombor 10 yang tertera di belakang jersi ini adalah sinonim dengan penyerang handalan yang lebih dikenali dengan SuperMokh dan telah mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan di era 1970an dan 1980an.

Menurut senarai penjaring gol terbanyak FIFA terkini, Mokhtar berada di tangga ke-5 dengan 89 gol dalam 142 perlawanan.

Sehingga sekarang kita bagai tertunggu-tunggu kehadiran pengganti legenda Mokhtar Dahari. Antara pemain hebat yang pernah mengenakan jersi no 10 ialah Hassan Sani dan Safee Sali.

Menurut pendapat anda, siapa di kalangan pemain Harimau Malaya yang dapat menyaingi kehebatan SuperMokh?

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya

This is a jersey that was once worn by football legend Allahyarham Mokhtar Dahari. The white jersey with black collar that was made in West Germany and branded Adidas was worn by the national team in the late 1970s and early 1980s. This jersey that is now more than 40 years old is still in good condition for its age. 

Many were excited to see the jersey up close when we showcased it during the week-long Galeri Harimau Malaya exhibition that was held from June 14-20, 2023 at Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium, Gong Badak, Terengganu. 

This included four stars from Harimau Malaya: Arif Aiman, La’Vere Corbin-Ong, Paulo Josue and Safawi Rasid. The exhibition was in conjunction with two Tier 1 International Friendly matches, where Malaysia met Solomon Islands and Papua New Guinea. 

The number 10 on the back of the jersey is synonymous with the powerful striker better known as SuperMokh, who tore through the defences of his opponents in the 1970s and 1980s. 

According to FIFA’s list of top scorers as of today, Mokhtar is placed fifth with 89 goals in 142 matches. 

Until now, we seem to be waiting for someone to take on Mokhtar Dahari’s legendary status. Among the great players who have worn the No. 10 jersey include Hassan Sani and Safee Sali. 

From the current Harimau Malaya players, who do you think can compete with the greatness of SuperMokh?

Leave A Reply

Your email address will not be published.