Selamat Hari Lahir, Azman Adnan!

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari kelahiran kepada Azman Adnan, yang genap 52 tahun hari ini.

Anak kelahiran Kuala Lumpur, Azman mula mewakili Wilayah Persekutuan tersebut di Piala Razak, di mana beliau pernah memenangi anugerah Penyerang Terbaik B-18, setelah menjadi penjaring terbanyak di kejohanan tersebut pada tahun 1988.

Azman dipilih untuk menyertai skuad senior KLFA pada 1991. Pada tahun berikutnya, Azman berjaya menjaringkan sebanyak 22 gol untuk pasukan Kuala Lumpur untuk musim tersebut dan dinobatkan Pemain Terbaik 1992 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Beliau juga telah membantu Kuala Lumpur maju ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 1991 dan 1992.

Pada awal 1993, Azman menerima tawaran untuk menyertai pasukan Selangor selepas KLFA meletakkan tanda harga RM1 juta untuk melepaskan penyerang terbaik mereka. Setelah lima tahun, Azman menyarung jersi Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sebelum kembali ke Selangor pada tahun 2002, di mana mereka menjuarai Piala Sumbangsih untuk kali ketiga. Azman merupakan penjaring kedua terbanyak Selangor sepanjang karier beliau dengan 159 gol, di belakang legenda Mokhtar Dahari dengan 177 gol.

Bersama Harimau Malaya, Azman pada mulanya terpilih dalam pasukan Kelayakan Sukan Olimpik Barcelona 1992 dan berjaya menjaringkan empat gol dalam kejohanan tersebut. Beliau juga membantu pasukan kebangsaan menjuarai Pestabola Merdeka 1993 setelah menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir untuk menyingkirkan musuh tradisi Korea Selatan 3 – 1. Kali terakhir Azman mewakili Malaysia adalah di Piala Tiger 2000 di mana beliau menjaringkan tiga gol.

Azman bersara daripada bermain bola sepak pada tahun 2004 dan mula menjejak langkah dalam bidang kejurulatihan. Pada 2014, beliau dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih PDRM setelah menjadi penolong kepada Dollah Salleh pada tahun sebelumnya.

//

Legasi Lagenda wishes Azman Adnan a happy 52nd birthday. 

Born in Kuala Lumpur, Azman first represented the team at the Razak Up, where he won the Best U-18 Striker award after being the tournament’s top scorer in 1988. 

Azman was selected to join the KLFA senior squad in 1991. The following year, Azman managed to score 22 goals for Kuala Lumpur in one season and was named the 1992 Player of the Year by FAM. He also helped Kuala Lumpur advance to the semifinals of the 1991 and 1992 Malaysia Cup. 

At the start of 1993, Azman accepted an offer to transfer to Selangor after KLFA put a RM1 million price tag to release one of their best strikers. After five years, Azman played for Penang and Negeri Sembilan before returning to Selangor in 2002, where they won the Charity Shield for the third time. Azman is Selangor’s second highest scorer with a total of 159 goals throughout his career, behind the legendary Mokhtar Dahari at 177 goals. 

Azman began his journey with Harimau Malaya when he was selected to join the team for the 1992 Barcelona Olympic Games Qualification, where he managed to score four goals. He also helped the national team become champions of the 1993 Merdeka Tournament after scoring two goals in the final round to sink old rivals South Korea. Azman’s final appearance with Malaysia was at the 2000 Tiger Cup, scoring a total of three goals. 

Azman retired from playing football in 2004 but delved into coaching soon after. In 2014, he was promoted to be PDRM’s head coach after assisting Dollah Salleh in the previous year. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.