Pasukan utama dan muda Malaysia di Ipswich, England

Pada hari ini 40 tahun yang lalu, pasukan Harimau Malaysia kembali ke tanah air dari England selepas menjalani latihan di bawah panel jurulatih Ipswich Town. Harimau Malaysia merupakan skuad pelapis negara yang baru dibentuk pada masa itu. Lawatan mereka adalah dengan harapan untuk menimba pengalaman dan membuat persediaan untuk musim yang akan datang setelah prestasi yang kurang memberangsangkan di Pestabola Merdeka 1983. 

Rombongan mereka termasuklah pengurus pasukan Paul Mony Samuel serta dua jurulatih, Abdul Rahman Haji Ibrahim dan Abdullah Mohammad. 

Ketika di England, Harimau Malaysia berjaya memenangi empat daripada enam perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan. Skor perlawanan adalah seperti di bawah: 

Harimau Malaysia 0 – 13 Ipswich Town
Harimau Malaysia 5 – 0 Haven Ports
Harimau Malaysia 3 – 2 Cambridge City
Harimau Malaysia 2 – 0 Northam Celtic
Harimau Malaysia 5 – 3 Ipswich Rovers
Harimau Malaysia 0 – 1 Cambridge United

Terdahulu itu, pada bulan Ogos, skuad senior kebangsaan Harimau Malaya juga telah terbang ke Ipswich untuk latihan berpusat. Skuad yang terdiri daripada 22 pemain berada di sana selama 2 minggu bermula dari 15 Ogos. Semasa di sana, skuad kebangsaan seri 2-2 dengan Millwall (Divisyen 2), kalah 0-2 kepada Chelsea (Divisyen 2), dan seri 1-1 dengan Peterborough United (Divisyen 4) sebelum mereka bertemu Ipswich untuk perlawanan terakhir. 

Harimau Malaya berjaya menang 1-0 ke atas kelab Inggeris divisyen satu itu. Gol kemenangan dijaringkan oleh Zainal Abidin Hassan melalui hantaran daripada kapten pasukan, Soh Chin Ann. 

Datuk Bakar Daud, selaku pengurus pasukan, berkata bahawa Harimau Malaya telah mempamerkan kemajuan dalam prestasi mereka apabila dicabar oleh pasukan kelab Inggeris. Pasukan yang kini penuh dengan wajah baharu juga telah memperoleh pengalaman yang berharga setelah bermain dengan pemain profesional dalam persekitaran yang berbeza. 

Ia dianggap sebagai persiapan terakhir pasukan kebangsaan sebelum mereka beraksi di Pestabola Merdeka 1983 yang diadakan pada September tahun itu serta Kelayakan Pra-Olimpik pada bulan Oktober. 

(Kredit foto: Dunia Sukan)

//

40 years ago on this day, Harimau Malaysia returned from England after a training expedition under the coaches of Ipswich Town. Harimau Malaysia was a newly formed second team and their visit was in hopes to gain experience and prepare for the upcoming year after an underwhelming outcome at the 1983 Merdeka Tournament. 

The group included team manager Paul Mony Samuel as well as two coaches, Abdul Rahman Haji Ibrahim and Abdullah Mohammad. 

While in England, Harimau Malaysia managed to win four out of the six friendly matches against local teams. The results are as below:

Harimau Malaysia 0 – 13 Ipswich Town
Harimau Malaysia 5 – 0 Haven Ports
Harimau Malaysia 3 – 2 Cambridge City
Harimau Malaysia 2 – 0 Northam Celtic
Harimau Malaysia 5 – 3 Ipswich Rovers
Harimau Malaysia 0 – 1 Cambridge United

Earlier in August, the Malaysian senior squad Harimau Malaya had also flown out to Ipswich for centralised training. 22 players left for a 2-week visit starting from August 15, 1983. While there, they drew 2-2 with Millwall (Division 2), lost 0-2 to Chelsea (Division 2) and drew 1-1 with Peterborough United (Division 4) before meeting Ipswich for their final match. 

Harimau Malaya managed to win 1 – 0 over the first division English club. The goal was scored by Zainal Abidin Hassan through a pass from team captain, Soh Chin Ann. 

Team manager, Datuk Bakar Daud, said that the national team had shown impressive progress in their performance during their visit as they were up against formidable English teams. The team filled with fresh faces also gained valuable experiences by playing with professional players and in a different environment. It was considered their final preparation before the 1983 Merdeka Tournament held in September as well as the Pre-Olympic Qualifiers in October. 

(Photo credit: Dunia Sukan)

Leave A Reply

Your email address will not be published.