Tahukah Anda? Kali Pertama Harimau Malaya Berentap Dengan Syria

Harimau Malaya menentang Syria buat pertama kalinya pada tahun 1978 apabila pasukan Timur Tengah itu membuat penampilan sulung mereka di Pestabola Merdeka. Negara-negara lain yang beraksi di kejohanan tersebut termasuk Korea Selatan, Iraq, Jepun, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Edisi Pestabola Merdeka 1978 dipertandingkan secara “round-robin”, di mana dua pasukan teratas akan bertemu pada perlawanan akhir. 

Malaysia bertemu Syria pada perlawanan ke-6 mereka, setelah memperoleh empat kemenangan dan satu kekalahan. Pada hari tersebut, padang becak menanti kedua-dua pasukan selepas hujan sepanjang hari. Pemain termuda Syria menjadi mangsa akibat permukaan padang yang licin apabila terpaksa dimasukkan ke hospital setelah mengalami kecederaan.

Walau bagaimanapun, cuaca tentunya tidak melemahkan semangat kedua-dua pasukan. Malah, mereka mempamerkan prestasi yang tinggi dan mempersembahkan satu perlawanan yang mendebarkan.

Pemain professional negara, Yip Chee Keong, menjaringkan gol pertama untuk Harimau Malaya pada minit ke-11. Namun, sembilan minit sebelum separuh masa, Chee Keong dan Anwar Abdel Kader dari Syria bertembung dan tumbuk-bertumbuk berlaku sehingga kedua-dua merdeka dibuang padang.

Sebelum itu pada minit ke-28, Hasian Borakjikli dari Syria menjadi pemain pertama dalam kejohanan  diperintah keluar padang setelah bertengkar  mengenai panggilan ofsaid  dengan pengadil dari Thailand, Watana. Oleh sebab Borkjikli masih membuat kekecohan setelah ditunjukkan kad kuning, beliau akhirnya dilayangkan kad merah. 

Ketiga-tiga pemain tersebut digantung satu perlawanan setelah keputusan dibuat oleh jawatankuasa disiplin Pestabola Merdeka. 

Gol kedua and ketiga Malaysia berjaya dijaringkan oleh Abdah Alif dan Rameli Junit dalam minit yang ke-18. Sejurus sebelum separuh masa, Nik Fauzi menghasilkan gol keempat Malaysia selepas mendapat hantaran daripada Jamal Nasir. Pada separuh masa kedua, James Wong masuk untuk menggantikan Bakri Ibni. Pada minit ke-55, hantaran James kepada Abdah Alif membantu menghasilkan gol kedua beliau. Malaysia menang 5–2.

//

Did You Know? The First Time Harimau Malaya met Syria

Harimau Malaya played against Syria for the first time when the Middle Eastern team made their debut appearance at the 1978 Merdeka Tournament. They joined South Korea, Iraq, Japan, Indonesia, Singapore, and Thailand in the event.

Instead of having group-based stages, the 1978 edition had all teams play a round-robin tournament, where the top two teams would meet in the final. 

Malaysia met Syria in their sixth match, after four wins and one loss. A soggy pitch awaited both teams after a day of rain. Syria had already suffered a casualty due to the slippery grass, which led to their youngest player being admitted into hospital. However, the weather did not dampen the teams’ spirit nor stop it from being a thrilling match. 

Professional player Yip Chee Keong scored the first goal for Harimau Malaya in the 11th minute. However, nine minutes before half-time, Chee Keong and Anwar Abdel Kader caught themselves in a scuffle until they were both sent off. 

Earlier in the 28th minute, Haisan Borakjikli from Syria became the first player of the tournament to be sent off the pitch after arguing with the Thai referee, Watana, about an offside call. As his anger only increased after Watana flashed him the yellow card, Borakjikli was shown the red card. 

All three players were suspended for one match after a decision made by the tournament’s disciplinary committee. 

Malaysia’s second and third goals were scored by Abdah Alif and Rameli Junit in the same 18th minute. Just before half-time, Nik Fauzi landed their fourth goal after a pass from Jamal Nasir. In the second half, James Wong entered the pitch to replace Bakri Ibni. In the 55th minute, Wong’s pass to Abdah Alif led him to scoring his second goal. Malaysia won 5–2. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.