Mokhtar Dahari Mengetuai Harimau Malaya Menjelajah Tembok Besar China dan Korea Utara

Pasukan bola sepak kebangsaan berangkat ke China buat pertama kalinya pada 25 April 1976.

Pasukan bola sepak kebangsaan berangkat ke China buat pertama kalinya pada 25 April 1976. Ini merupakan salah satu langkah untuk mengeratkan perhubungan antara kedua-dua buah negara yang baru menjalinkan hubungan diplomatik pada tahun 1974.

Pada tahun 1975, China telah menghantar pasukan bola sepaknya ke Malaysia untuk siri perlawanan persahabatan (klik link di sini untuk kisahnya).

Penyerang sensasi, Mokhtar Dahari, yang berusia 22 tahun ketika itu telah dipilih untuk menjadi ketua pasukan. Beliau menggantikan rakan sepasukan Selangor, Soh Chin Ann, yang digantung permainan selama setahun (ia kemudian dikurangkan kepada 4 bulan setelah rayuan dibuat).

Chin Ann dihukum atas kelakuan yang tidak bersemangat kesukanan dalam perlawanan Piala Malaysia menentang Melaka. Beliau didapati bersalah menyepak bola dengan sengaja ke pengadil dari Singapura, H.S. Dhillon.

Semasa lawatan ke China, pasukan negara mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan wilayah tempatan. Harimau Malaya juga ke Pyongyang untuk bermain dalam perlawanan persahabatan dengan Korea Utara.

Pada hari ini, pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon, berlepas ke Chengdu, China untuk siri Perlawanan Antarabangsa Tier 1. Mereka akan bertemu Syria pada 6 September dan China pada 9 September.

Selamat berjuang Harimau Malaya!

Foto menunjukkan pemain kebangsaan Wong Kuw Fou (kiri) dan Mokhtar Dahari di Tembok Besar China.

//

Mokhtar Dahari leads Harimau Malaya to the Great Wall of China and North Korea

On April 25, 1976, the national team left for China for their first time. This was one of the steps taken to strengthen the relationship between the two countries since they established diplomatic relations in 1974. In 1975, China sent their football team to play a series of friendly matches (more info on that here).

Mokhtar Dahari, the sensational striker who was 22 years old at the time, was chosen as team captain. He replaced his Selangor teammate, Soh Chin Ann, who had been suspended for a year (later reduced to 4 months after appeal).

Chin Ann was suspended due to unsportsmanlike conduct during a Malaysia Cup match against Melaka. He was found guilty of deliberately kicking a ball that hit Singaporean referee, H. S. Dhillon.

During their visit to China, the national team played a few friendly matches with local provincial teams. Harimau Malaya also headed to Pyongyang to go up against North Korea in a friendly match.

Today, the Harimau Malaya team under Kim Pan-gon leaves for Chengdu, China for a couple of Tier 1 International Matches. They will meet Syria first on September 6 and China on September 9.

We wish the team all the best!

Photo shows national players Wong Kuw Fou (left) and Mokhtar Dahari at the Great Wall of China.

Leave A Reply

Your email address will not be published.