Selamat Hari Lahir ke-60, Datuk Foo Kok Keong!

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir ke-60 kepada legenda badminton negara, Datuk Foo Kok Keong!

Datuk Kok Keong merupakan sebahagian daripada pasukan Malaysia yang membawa pulang Piala Thomas 1992 setelah mengalahkan Indonesia. Apabila kedua-dua negara terikat 1–1, Datuk Kok Keong berdepan dengan Alan Budikusuma, juara Olimpik 1992, dalam perlawanan Perseorangan Lelaki. Namun, beliau muncul sebagai wira dan memberikan Malaysia satu mata yang penting selepas menewaskan pemain Indonesia 15-6, 15-12. 

Pencapaian-pencapaian Datuk Kok Keong termasuklah pingat emas di Sukan SEA dan Kejohanan Badminton Asia serta pingat perak di Sukan Komanwel dan Sukan Asia, kedua-duanya pada tahun 1990. 

Pada tahun 1989, beliau dianugerahkan Olahragawan Terbaik selepas musim permainan yang penuh dengan kejayaan dan untuk menghormati pencapaian beliau sebelum itu. Pada tahun tersebut, Datuk Kok Keong merupakan naib juara dalam acara Perseorangan Lelaki di Piala Dunia Guangzhou dan Final Grand Prix Dunia. Kejayaan-kejayaan ini telah melonjakkan beliau sebagai pemain badminton kedua terbaik di dunia pada masa itu. 

Kami berharap Datuk Kok Keong dapat meraikan hari lahir beliau dengan selamat, dan agar segala pencapaian beliau akan diingati oleh generasi muda dan mendatang. 

(Kredit foto asal: Dunia Sukan)

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya

//

Legasi Lagenda wishes national badminton legend Datuk Foo Kok Keong a happy 60th birthday.

Datuk Kok Keong was part of the winning team that brought home gold at the 1992 Thomas Cup, after defeating Indonesia. When both nations were tied 1–1, Datuk Kok Keong faced Alan Budikusuma, an Olympic champion, in a singles match. He emerged victorious, giving Malaysia a crucial point after defeating the Indonesian player 15-6, 15-12.

Datuk Kok Keong’s many achievements include gold medals at the SEA Games and Asian Championships. He has also garnered silver at the Commonwealth Games and Asian Games, both in 1990.

In 1989, he was awarded Sportsman of the Year after a successful season and to honor his past achievements. In the year itself, Datuk Kok Keong was runner-up in Men’s Singles at the Guangzhou World Cup and the World Grand Prix Finals, essentially declaring him the second-best badminton player in the world. 

We wish him a very happy birthday and we hope his achievements will be remembered by generations to come. 

(Original photo credit: Dunia Sukan)

Leave A Reply

Your email address will not be published.