Sidang Media Pra Perlawanan Separuh Akhir – Malaysia v Thailand #AFFMitsubishiElectricCup2022

Kim Pan-gon, ketua jurulatih Malaysia

Menurut beliau pasukan telah pulih dari perlawanan sebelumnya dan fokus untuk menentang Thailand. Walaupun menghormati Thailand sebagai juara bertahan dan pasukan yang mempunyai ranking yang lebih tinggi tapi yakin anak didiknya akan memberi persembahan yang terbaik dan mengekalkan DNA Harimau Malaya.

Brendan Gan, pemain Malaysia

Bagi Brendan, siapa pun lawan mereka, pasukannya akan sentiasa bermain untuk mendapatkan kemenangan. Beliau dan rakan pasukannya akan fokus dengan cara permainan mereka dan cuba mendapatkan sebanyak gol mungkin.Menurutnya lagi, ini perlawanan separuh akhir yang sukar dan semoga ia menjadi pertarungan yang menarik.

Alexandré Pölking, ketua jurulatih Thailand 

Mengikut Pölking, mereka merasa bertuah dan gembira dengan pengurangan jumlah penonton di stadium kerana persediaan konsert, tetapi ia masih suatu perlawanan yang sukar. Thailand juga tidak datang untuk bertahan dan akan cuba bermain dengan cara permainan biasa mereka.

Sasalak Haiprakhon, pemain Thailand  

Bagi Sasalak beliau sedar tidak mudah untuk bermain di Bukit Jalil dengan suasana penyokong yang hebat. Walau bagaimanapun semua pemain sudah bersedia dan yakin untuk perlawanan ini.

//

Kim Pan-gon, Malaysia coach

According to him, the team has recovered from the previous match and is focused on playing against Thailand. Although he respects Thailand as the defending champion and the team with a higher ranking, he is confident that his players will give their best performance and remain the true DNA of Harimau Malaya.

Brendan Gan, Malaysia player

For Brendan, whoever their opponents are, he believes the team will always play to win. He and his teammates will focus on the way they play and try to score as many goals as possible. According to him, this is a tough semi-final and he hopes that it will be an interesting fight.

Alexandré Pölking, Thailand coach

According to Pölking, they feel lucky and happy with the reduced number of spectators in the stadium due to the concert preparations, but he argues that it will still be a tough game. Thailand are not coming to defend and will try to play the way they usually do.

Sasalak Haiprakhon, Thailand player

For Sasalak, he realises that it is not easy to play in Bukit Jalil with a great atmosphere from spectators. However, all players are ready and confident for the match.

Leave A Reply

Your email address will not be published.