Perlawanan Akhir Piala TNB 2022

Kami paparkan galeri foto yang dirakamkan semasa perlawanan akhir Piala TNB 2022.

Penantian selama 12 tahun berakhir apabila pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya mengalahkan Terengganu Hockey Team (THT) 3–2 untuk merebut Piala TNB 2022.

Perlawanan yang berlangsung pada 31 Mac di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil menyaksikan TNB menyekat THT daripada menggondol treble setelah meraih Piala Sumbangsih dan muncul juara Liga Hoki Malaysia (MHL).

TNB mengatasi 2–0 menerusi jaringan gol Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (18’), dan Muhammad Shahril Saabah (39’). Permainan semakin sengit apabila Muhammad Marhan Mohd Jalil (49’) dan Ismail Abu (50’) menjaringkan gol bagi THT menyamakan kedudukan. Muhammad Amirul Hamizan Azhar muncul sebagai hero menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir perlawanan.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#PialaTNB2022

//

TNB Cup 2022

Today we share some shots from the TNB Cup 2022 final.

The 12-year wait ended when the Tenaga Nasional Berhad (TNB) team defeated Terengganu Hockey Team (THT) 3–2 to win the TNB 2022 Cup.

The match, which took place on March 31 at the Bukit Jalil National Hockey Stadium, saw TNB prevent THT from grabbing the treble after winning the Charity Shield and emerging as the Malaysian Hockey League (MHL) champions.

TNB was leading 2–0 through goals from Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (18′), and Muhammad Shahril Saabah (39′). The game intensified when Muhammad Marhan Mohd Jalil (49′) and Ismail Abu (50′) scored for THT to equalise. Muhammad Amirul Hamizan Azhar emerged as the hero to score the winning goal for TNB in the final moments of the match.

Leave A Reply

Your email address will not be published.