Choo Seng Quee – Dari pemain ke jurulatih legenda (Bhg. 1)

Choo Seng Quee merupakan seorang watak penting dalam pembangunan bola sepak di Malaysia dan Singapura. Lahir pada 1 Disember 1914 di Singapura, Seng Quee dikenali sebagai peneraju dalam bidang kejurulatihan selepas bersara sebagai seorang pemain.

Karier bola sepak Seng Quee sebagai pemain bermula bersama pasukan divisyen tiga Persatuan Bola Sepak Cina Singapura (SCFA). Pasukan beliau memenangi kesemua perlawanan untuk menjuarai liga dalam musim pertama Seng Quee pada tahun 1933. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih untuk menyertai pasukan divisyen dua liga dan kembali bersama pasukan senior SCFA pada tahun 1935.

Prestasi yang baik dan peningkatan mutu permainan yang cepat membuatkan Persatuan Bola Sepak Amatur Singapura (SAFA) memanggil beliau untuk menyertai pasukan yang akan bersaing di Piala Malaya. Beliau beraksi bersama mereka dari tahun 1936 hingga 1939. Beliau membantu Singapura memenangi Piala Malaya pada tahun 1937, mengalahkan Selangor 2–1 di perlawanan akhir. Pasukan Selangor dengan keazaman yang tinggi untuk membalas dendam atas kekalahan itu berjaya mengalahkan Singapura 1–0 untuk muncul juara pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, Singapura berjaya merebut semula kejuaraan pada tahun 1939 dengan mengalahkan musuh yang sama 3–2.

Seng Quee meninggalkan SCFA pada tahun 1939 untuk menubuhkan Persatuan Olahraga Cina (CAA), di mana beliau menjadi pemain dan jurulatih pada masa yang sama. Pada tahun 1940, beliau bermain untuk pasukan kelab Hong Kong, Sing Tao, dan terus menetap di China semasa Perang Dunia II. Selepas perang tamat, beliau kembali ke Singapura dan meneruskan tugasan pemain-jurulatih untuk CAA.

Pada tahun 1949, Seng Quee bersara sebagai pemain untuk menumpukan perhatian sepenuh sebagai jurulatih. Beliau bermula menjadi jurulatih di SCFA buat sementara waktu dan SAFA untuk musim Piala Malaya. Pada tahun berikutnya, beliau dilantik sebagai jurulatih skuad negara Indonesia. Beliau merupakan jurulatih asing yang pertama untuk Tim Garuda. Beliau kembali ke Singapura pada tahun 1954 dan membawa kelab Star Soccerites menjuarai liga SAFA.

Seng Quee dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Malaya pada Januari 1958 dan dilaporkan beliau dibayar gaji sebanyak $700 sebulan dengan penginapan percuma disediakan serta kos perjalanan ditanggung. Beliau berjaya membawa pasukan Malaya menjuarai Pestabola Merdeka tiga kali berturut-turut, dari 1958-60. Pasukan Malaya mengalahkan Hong Kong Liga XI dan India serta seri dengan Korea Selatan untuk merebut kejuaraan pada tahun masing-masing. Pasukan Malaya juga memenangi pingat emas Sukan SEAP 1961 dan pingat gangsa Sukan Asia 1962 di bawah kendalian Seng Quee.

Prestasi baik Seng Quee sebagai jurulatih menarik perhatian FAM dan British Council sehingga mereka menawarkan untuk menghantar beliau ke England bagi meinimba ilmu kejurulatihan di sana. Antara kelab Liga Inggeris yang beliau melawati ialah Burnley, Everton dan Sheffield United. Kelab Burnley dan Sheffield United menghadiahkan Piala Burnley dan trofi Sheffield United kepada Seng Quee untuk dibawa pulang dan dipertandingkan dalam kejohanan bawah 19 tahun dan 15 tahun antara negeri di Malaya. Beliau kemudian ke London untuk mengikuti kursus kejurulatihan England bagi mendapatkan sijilnya. 

Kerjaya Seng Quee sebagai seorang jurulatih baru sahaja bermula. Nantikan bahagian kedua, di mana kami teruskan dengan kisah beliau sebagai jurulatih sekolah Malaya, jawatan yang dicipta untuk beliau sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia

Choo Seng Quee was a prominent figure in the development of football in Malaysia and Singapore. Born on December 1, 1914 in Singapore, Choo was well-known as a leader in the coaching field after retiring as a player himself. 

Choo began his football career playing for Singapore Chinese Football Association’s (SCFA) team in the third division. The team won all of their games to win the league title during the season he joined in 1933. The following year, he was selected to join the second division team and joined SCFA’s senior team in 1935. 

His exemplary performance and fast progression led Singapore FA to call him up for the Malaya Cup, where he played from 1936 to 1939. They won the Malaya Cup in 1937, defeating Selangor 2–1. Selangor was fueled with revenge the following year and claimed the victory 1–0. Nevertheless, Singapore bounced back in 1939 and won 3–2. 

Choo left SCFA in 1939 to start up the Chinese Athletic Association (CAA), where he took on the responsibility of player and coach simultaneously. In 1940, he played for Hong Kong club Sing Tao and stayed on in China during World War II. After the war ended, he returned to Singapore and CAA to continue in his player-coach role. 

In 1949, Choo retired as a player to focus on coaching full-time. He started coaching SCFA temporarily and Singapore FA for their Malaya Cup season. The next year, he was appointed as coach for the Indonesian national team, the first foreign coach for the team. In 1954, he returned to Singapore and led the Star Soccerites to winning the SAFA league title. 

Choo was appointed as coach of Malaya in January 1958 with a reported monthly salary of $700, free accommodation and traveling expenses. He claimed a hat-trick victory at the Merdeka Tournament from 1958-60; Malaya defeated Hong Kong League XI and India, and tied with South Korea respectively for the title. Malaya also won a gold medal at the 1961 SEAP Games and a bronze medal at the 1962 Asian Games under his tutelage. 

Choo’s coaching performance impressed both FAM and the British Council that they offered to send him to England to study the coaching of English League clubs such as Burnley, Everton, and Sheffield United. Burnley and Sheffield United gifted Choo with the Burnley Cup and Sheffield United trophy, both to be competed for in inter-state tournaments in Malaya for U-19s and U-15s. He then went to London to complete an England coaching course and sit for the certificate. 

Choo was only getting started in his coaching career. Stay tuned to part two of our post, where we dive into Choo’s years as a national schools coach in Malaya, a position that was personally created for him by Tunku Abdul Rahman.

Leave A Reply

Your email address will not be published.