Malaysia di Kejohanan All England – 1990-2020an

Malaysia mara ke peringkat akhir All England beberapa kali pada tahun 1990-an. Foo Kok Keong hampir menjadi juara perseorangan lelaki pada 1991, manakala Rashid Sidek kehilangan peluang beliau pada 1996. Malaysia juga berjaya  ke perlawanan akhir beregu lelaki pada 1996, di mana Cheah Soon Kit & Yap Hock tewas kepada pasangan Indonesia Ricky Subagja & Rexy Mainaky 15-6, 15-5. Pada tahun 1998, Ong Ewe Hock berpeluang merangkul kejuaraan tetapi malangnya tewas kepada pemain China Sun Jun 15-1, 15-7.

Malaysia mencatat kemenangan pertama sejak 1982 di All England pada tahun 2003. Berkeyakinan tinggi setelah kemenangan pingat emas Sukan Komanwel 2002, Muhammad Hafiz Hashim menewaskan pemain nombor satu Chen Hong (17-14, 15-10) untuk menjuarai perseorangan lelaki. Walaupun ketinggalan 9-14 pada set pertama, Hafiz berhempas pulas untuk meraih kemenangan. Pada masa itu, beliau berlatih di bawah Misbun Sidek.

Pada tahun berikutnya, Lee Wan Wah & Choong Tan Fook mara ke perlawanan akhir beregu lelaki tetapi tewas kepada Jens Eriksen & Marten Lundgaard Hansen (9-15, 15-13, 15-3). Kekalahan itu berulang apabila mereka bertemu semula di perlawanan akhir 2006 (15-6, 14-17, 15-2). Malaysia akhirnya mencapai kemenangan beregu lelaki melalui gandingan Koo Kien Keat & Tan Boon Heong yang menewaskan Fu Haifeng & Cai Yun (21-15, 21-18) pada edisi 2007.

2009 menyaksikan permulaan dominasi Lee Chong Wei dan kelayakan enam tahun berturut-turut ke pusingan akhir All England. Ia juga menandakan permulaan “persaingan” beliau dengan Lin Dan dari China. Dalam pertemuan pertama mereka di perlawanan akhir All England, Lee Chong Wei malangnya tewas 19-21, 12-21. Secara keseluruhan, Lee Chong Wei berjaya memenangi empat kali, iaitu pada 2010, 2011, 2014 dan 2017. Pada 2015, Lee Chong Wei tidak bertanding kerana beliau berada di bawah larangan doping selama 8 bulan. Pada 2016, beliau mengejutkan semua peminat badminton apabila tewas kepada B Sai Praneeth dari India (22-24, 20-22) pada pusingan pertama. Namun begitu, beliau bangkit semula untuk menjadi juara perseorangan lelaki pada 2017, menewaskan Shi Yuqi 21-12, 21-10.

Lee Chong Wei, yang juga dilatih di bawah Misbun Sidek semasa permulaan karier beliau, terikat dengan pencapaian Wong Peng Soon dan Eddy Choong yang menjuarai perseorangan lelaki All England sebanyak empat kali. Eddy Choong mempunyai tiga kemenangan tambahan dalam beregu lelaki, bersama abangnya David.

Malaysia kemudiannya menghadapi beberapa tahun tanpa sebarang kejuaraan All England. Pada tahun 2020, kebangkitan semula dicetuskan apabila Aaron Chia & Soh Wooi Yik mara ke suku akhir beregu lelaki, tetapi tiada pemain yang berjaya melangkah lebih jauh. Kemudiannya, pada tahun 2021, Lee Zii Jia menjadi menjuarai All England, menewaskan juara bertahan Viktor Axelsen dalam perlawanan yang mendebarkan (30-29, 20-22, 21-9). Pada tahun sebelumnya, beliau tewas kepada Axelsen pada peringkat separuh akhir.

Lee Zii Jia tidak berpeluang mempertahankan kejuaraan beliau setelah tewas kepada Lakshya Sen dari India pada separuh akhir All England 2022 (13-21, 21-12, 19-21). Menerima kekalahan itu, beliau terus merancang untuk membuat persiapan bagi Piala Thomas. Dalam beregu lelaki pula, Malaysia berjaya mara ke peringkat 16-terakhir, diwakili oleh gandingan Aaron Chia & Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin & Teo Ee Yi.

Pencapaian Malaysia di Kejohanan All England, bermula dari pasukan pertama pada 1949, seharusnya membanggakan negara. Bertarung dengan pemain-pemain terbaik dunia, Malaysia telah membuktikannya sebagai negara yang kuat dan melahirkan ramai juara. Mudah-mudahan dalam masa yang akan datang, Malaysia dapat menjadi nombor satu dalam dunia badminton sekali lagi. 

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#AllEngland2022

//

Malaysia reached the finals of All England several times during the 1990s. Foo Kok Keong was almost triumphant at a Men’s Singles title in 1991, while Rashid Sidek lost his chance at victory in 1996. Malaysia was also in the Men’s Doubles final in 1996, where Cheah Soon Kit & Yap Hock lost to Indonesian pair Ricky Subagja & Rexy Mainaky 15-6, 15-5. In 1998, Ong Ewe Hock had the opportunity for a title but unfortunately lost to China’s Sun Jun 15-1, 15-7. 

It wasn’t until 2003 where Malaysia marked their first All England win since 1982. Fresh from his 2002 Commonwealth Games gold medal win, Muhammad Hafiz Hashim defeated number one ranked player Chen Hong (17-14, 15-10) for the Men’s Singles title. Although he was trailing behind at 9-14 in the first set, Hafiz fought hard to claim the win. At the time, he trained under Misbun Sidek.

The following year, Lee Wan Wah & Choong Tan Fook reached the Men’s Doubles final but fell to Jens Eriksen & Marten Lundgaard Hansen (9-15, 15-13, 15-3). The loss was repeated when they met again in the final in 2006 (15-6, 14-17, 15-2). Malaysia finally achieved their Men’s Doubles victory with Koo Kien Keat & Tan Boon Heong defeating Fu Haifeng & Cai Yun (21-15, 21-18) in 2007. 

2009 saw the start of Lee Chong Wei’s domination and his six-year streak at the All England finals. It also marked the start of his “rivalry” with China’s Lin Dan. In their first meet at an All England final, Lee Chong Wei lost 19-21, 12-21. Lee Chong Wei won four Men’s Singles titles in total, in 2010, 2011, 2014 and 2017. In 2015, Lee Chong Wei didn’t compete as he was under an 8-month accidental doping ban. In 2016, he shocked everyone when he lost in the first round. Nevertheless, he bounced back to win in 2017, defeating Shi Yuqi 21-12, 21-10. 

Also trained under Misbun Sidek during the start of his badminton career, Lee Chong Wei ties with Wong Peng Soon and Eddy Choong with most Men’s Singles wins for Malaysia at four. Eddy Choong has an additional three titles in Men’s Doubles, alongside his brother David. 

Malaysia then faced a few years without winning any All England titles. In 2020, a reemergence was ignited when Aaron Chia & Soh Wooi Yik reached the quarter-finals, but no player went further. And then, in 2021, Lee Zii Jia became an All England Champion, taking the title from defending champion Viktor Axelsen in a grueling match (30-29, 20-22, 21-9). In the previous year, he lost to Axelsen in the semi-finals. 

Lee Zii Jia did not get the opportunity to defend his title when he lost to Lakshya Sen from India at the 2022 All England semi-finals 13-21, 21-12, 19-21. Accepting the loss, he plans to move on and start preparing for the Thomas Cup. In Men’s Doubles, Malaysia made it to the last-16, represented by Aaron Chia & Soh Wooi Yik and Ong Yew Sin & Teo Ee Yi. 

Malaysia’s achievements at the All England Championships, starting from the first team in 1949, should make the nation proud. Battling only the best, Malaysia became a strong contender and birthed champions along the way. Hopefully soon one day, the country can regain its number one rank in the world of badminton. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.