Piala Thomas 1952 (Bahagian 2) – Skuad Malaya

Kenali 6 pemain badminton Malaya yang diamanahkan untuk mempertahankan kejuaraan di pertandingan akhir Piala Thomas 1952.

Mereka berenam dipilih daripada 14 pemain yang menjalani latihan. Berikut adalah serba ringkas tentang mereka semasa itu:

Wong Peng Soon / 33 / Johor

— Beliau dianggap sebagai juara dunia secara tidak rasmi. Kejuaraan pertama beliau adalah di Kejohanan Perseorangan Malaya 1940. Beliau merupakan johan perseorangan All-England pada tiga tahun berturut-turut, 1950–1952, dan sekaligus dibenarkan untuk simpan trofi tersebut. Pada tahun 1949, beliau kalah kepada Dave Freeman tetapi memenangi perlawanan degan Marten Mendez. 

Ooi Teik Hock / 32 / Pulau Pinang

— Pada tahun itu, beliau juara perseorangan, beregu, dan beregu campuran Pulau Pinang. Pada tahun 1949, beliau memenangi kejohanan All-England dan Denmark bersama pasangan beregu, Teoh Seng Khoon. Di Piala Thomas 1949 pula, beliau memenangi kesemua empat perlawanan pada pusingan akhir. 

Ong Poh Lim / 30 / Johor

— Beliau menjuarai kejohanan Perancis dan Ireland, perseorangan dan beregu (bersama Ismail Marjan), pada tahun 1951. Di All-England 1951 pula, beliau muncul naib juara kepada Wong Peng Soon. Beliau berjaya menewaskan lawan dari Denmark pada perlawanan akhir Piala Thomas 1949. 

Chan Kon Leong / 35 / Selangor

— Veteran pasukan setelah bermain selama dua dekad, beliau dikatakan telah memenangi lebih banyak perlawanan beregu daripada pemain Malaya yang lain. Pada masa itu, beliau memegang gelaran juara beregu Malaya dengan Abdullah Piruz. Pada tahun 1949, beliau dan Yeoh Teck Chye memenangi kesemua perlawanan beregu di Piala Thomas. 

Ismail Marjan / 33 / Johor 

— Pemain baharu dalam skuad Piala Thomas. Beliau merupakan orang Melayu yang pertama beraksi di kejohanan All-England. Gandingan mantap bersama Ong Poh Lim bermula apabila mereka memenangi kejohanan Singapura dan Malaya pada 1950. 

Abdullah Piruz / 22 / Selangor 

— Pemain termuda dalam pasukan Malaya, beliau adalah juara perseorangan Selangor dan juara beregu Malaya bersama Chan Kon Leong. Pada tahun 1951, beliau digandingkan bersama Wong Peng Soon dan memenangi kejohanan beregu All-India. 

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#ThomasCup

//

Meet the 6 Malayan badminton players entrusted to defend the championship in the 1952 Thomas Cup final.

The six were selected from 14 players who underwent central training. Here is a brief profile on the players:

Wong Peng Soon / 33 / Johor

— Considered to be the unofficial world champion. His first victory was at the 1940 Malayan singles championship. He was the All-England singles champion in three successive years, 1950-1952, and was allowed to keep the trophy. In 1949, he lost to Dave Freeman but defeated Marten Mendez. 

Ooi Teik Hock / 32 / Penang

— Was the reigning Penang singles, doubles and mixed doubles champion. Won the All-England and Danish doubles titles alongside Teoh Seng Khoon in 1949. He won all four of his matches at the 1949 Thomas Cup final. 

Ong Poh Lim / 30 / Johor 

— In 1951, he won the French and Irish championships in both singles and doubles, with partner Ismail Marjan. He was runner-up to Wong Peng Soon in the 1951 All-England singles. At the 1949 Thomas Cup, he defeated his Denmark opponent in the final round.

Chan Kon Leong / 35 / Selangor

— The veteran of the team after playing for two decades, and was said to have won more doubles titles than any other Malayan. At the time, he held the Malayan doubles title with Abdullah Piruz. In 1949, he played with Yeoh Teck Chye and won all their matches in the Thomas Cup.

Ismail Marjan / 33 / Johor

— Newcomer of the Thomas Cup team. He was the first Malay to play in the All-England championships. He had a strong doubles partnership with Ong Poh Lim, starting from when they won the Singapore and Malayan titles in 1950.

Abdullah Piruz / 22 / Selangor

— Youngest player in the team. Selangor singles champion and Malayan doubles champion with Chan Kon Leong. Partnered with Wong Peng Soon to win the All-India doubles title in 1951.

Leave A Reply

Your email address will not be published.