Meraikan 100 Tahun Piala Malaysia – Piala Malaysia 1968 & 1969

Selangor dan Pulau Pinang bertemu lagi di perlawanan akhir Piala Malaysia 1968 setelah lima tahun pertembuangan mereka di final Piala Malaya 1963. Pada tahun 1967, Piala Malaya telah digantikan dengan piala yang baharu, Piala Malaysia. Perak muncul sebagai juara setelah menewaskan Singapore 2–1 di perlawanan akhir.

Pasukan Selangor memperkukuhkan kedudukan sebagai gergasi bola sepak apabila mereka membelasah Pulau Pinang 8 –1, skor yang mereka ulangi sejak membenam Singapura di perlawanan akhir pada tahun 1927.

Pada separuh masa pertama, Selangor mendahului 3–0 menerusi jaringan gol Wong Choon Wah (8’, 39’) dan N. Thanabalan (18’). Penyokong Selangor riuh bersorak menyambut permulaan separuh masa kedua. Pada minit ke-57, Wong Fook Yoong mengelecek beberapa pemain Pulau Pinang sebelum menghantar bola kepada Thanabalan yang sepakannya menghasilkan gol. Thanabalan menambah gol lagi dalam minit ke-60 dan 65. Satu lagi hantaran daripada Fook Yong pada minit ke-76 berjaya menghasilkan gol Selangor yang ketujuh menerusi Zulkifli Norbit.

Kerja keras pasukan Pulau Pinang membuahkan hasil apabila mereka akhirnya berjaya menjaringkan gol beberapa minit kemudian. Walau bagaimanapun, Selangor membalas dengan menjaringkan gol mereka yang ke-8 dan terakhir dua minit sebelum tamat perlawanan. Kali ini giliran Fook Yoong menjaringkan gol. Setelah mendapat hantaran daripada Ghani Minhat, Fook Yoong membuat rembatan yang menewaskan penjaga gol Hassanuddin Harun. Thanabalan yang berpesta gol dengan empat jaringan peribadi mencipta rekod jaringan paling banyak di pentas final Piala Malaysia yang kekal sehingga hari ini.                

Setelah semusim dengan prestasi yang cemerlang oleh Selangor dan Pulau Pinang, mereka bertemu lagi di pertandingan akhir Piala Malaysia 1969. Pasukan Pulau Pinang dahagakan kemenangan, sementara Selangor tidak mahu melepaskan kejuaraan yang dimenangi setahun sebelumnya. Kedua-dua pasukan bertungkus lumus di atas padang. Walaupun perlawanan diadakan di Stadium Bandaraya, Selangor sekali lagi berjaya menjulang piala. Pada minit ke-40 dalam satu serangan balas pantas, Wong Choon Wah berjaya menanduk bola masuk ke gawang lawan. Jaringan tunggalnya merupakan gol kemenangan Selangor.

Bila agaknya Pulau Pinang menjulang Piala Malaysia lagi? Nantikan kisah seterusnya…

Pasukan-pasukan di perlawanan akhir Piala Malaysia 1968:

Selangor: S. Chinnakaruppan, Hung Hui Jin, Sardar Khan, Chow Kwai Lam, M. Chandran, Ibrahim Mydin, Wong Fook Yoong, N. Thanabalan, Abdul Ghani Minhat, Wong Choon Wah, Zulkifli Norbit

Penang: Hassanuddin Harun, Abdul Kahir, Cheah Peng Chean, T. Sambanathan, Zainol Bakar, Shukor Salleh, Shahruddin Abdullah, R. S. Maniam, Syed Ahmad, Namat Abdullah, Rahim Abdullah 

Pasukan-pasukan di perlawanan akhir Piala Malaysia 1969:

Selangor: Chow Chee Keong, Foo Fook Chuan, Abdullah Noordin, Chan Yoon Chong, M. Chandran, Sardar Khan, Ibrahim Mydin, N. Thanabalan, Wong Choon Wah, Zulkifli Norbit, Wong Fook Yoong

Penang: Hassanuddin Harun, Burhan Mat Isa, Cheah Peng Chean, T. Sambanathan, Namat Abdullah, Shukor Salleh, Shaharuddin Abdullah, Syed Ahmad, R. S. Maniam, Mohamad Bakar, Lim Cheng Hock

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#harimaumalaya

//

Celebrating 100 Years of the Malaysia Cup – Malaysia Cup 1968 & 1969

Selangor and Penang met again at the 1968 Malaysia Cup final, five years after their last encounter at the 1963 Malaya Cup final. In 1967, the Malaya Cup was retired and replaced by the Malaysia Cup. Perak emerged as champions of the new Cup after defeating Singapore 2–1 in the final. 

Selangor assured their dominance by overpowering Penang 8–1, a score that was repeated since they defeated Singapore back in the 1927 final match. 

In the first half, Selangor were leading 3–0 after goals by Wong Choon Wah (8’, 39’) and N. Thanabalan (18’). Selangor fans were roaring as the second half began. In the 57th minute, Wong Fook Yoong nonchalantly dribbled the ball towards Thanabalan, who then drove it home. Thanabalan continued to score more goals in the 60th and 65th minutes. Another pass from Fook Yoong in the 76th minute led to Zulkifli Norbit securing Selangor’s seventh goal. 

Penang, fighting hard, finally managed to score their singular goal of the match through Syed Ahmad a few minutes later. However, Selangor retaliated by securing their eighth and final goal two minutes before time was called. Ghani Minhat slanted a pass to Fook Yoong, who was ready with his winning shot past goalkeeper Hassanuddin Harun. Thanabalan’s four goal feast remains as a record for most goals scored in a Malaysia Cup final match.

After another year of terrific performances by Selangor and Penang, both teams reunited at the 1969 Malaysia Cup final. Penang was desperate for a win while Selangor surely did not want to let go of the Cup. Both teams fought hard to keep the other from scoring but Selangor once again walked away with a win, even though the match was held at City Stadium. In the 40th minute, Wong Choon Wah surprised the crowd with a header to produce Selangor’s sole but winning goal.

When will Penang win their first Malaysia Cup? Stay tuned. 

Teams competed at the 1968 Malaysia Cup final:

Selangor: S. Chinnakaruppan, Hung Hui Jin, Sardar Khan, Chow Kwai Lam, M. Chandran, Ibrahim Mydin, Wong Fook Yoong, N. Thanabalan, Abdul Ghani Minhat, Wong Choon Wah, Zulkifli Norbit

Penang: Hassanuddin Harun, Abdul Kahir, Cheah Peng Chean, T. Sambanathan, Zainol Bakar, Shukor Salleh, Shahruddin Abdullah, R. S. Maniam, Syed Ahmad, Namat Abdullah, Rahim Abdullah 

Teams competed at the 1969 Malaysia Cup final:

Selangor: Chow Chee Keong, Foo Fook Chuan, Abdullah Noordin, Chan Yoon Chong, M. Chandran, Sardar Khan, Ibrahim Mydin, N. Thanabalan, Wong Choon Wah, Zulkifli Norbit, Wong Fook Yoong

Penang: Hassanuddin Harun, Burhan Mat Isa, Cheah Peng Chean, T. Sambanathan, Namat Abdullah, Shukor Salleh, Shaharuddin Abdullah, Syed Ahmad, R. S. Maniam, Mohamad Bakar, Lim Cheng Hock

Leave A Reply

Your email address will not be published.