Selamat Hari Lahir ke-85, Dato’ M. Kupan!

Legenda bola sepak Dato’ M. Kupan menyambut hari lahirnya yang ke-85 pada hari ini, 14 Oktober. Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang, beliau merupakan seorang pemain yang tinggi lampai dan lincah. Dengan larian yang pantas, beliau diberikan nama samaran “Jetboots” sempena kelincahan larian di bahagian sayap kanan padang.

Dato’ M. Kupan mula bermain bola sepak bersama kelab lokal Pulau Pinang, Indian Blue Cross. Selepas itu, beliau menyertai pasukan kelab majikannya, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, yang sebelumnya dikenali sebagai Ferry Youngsters. Beliau membuat debut untuk pasukan Pulau Pinang pada tahun 1958 dan dapat bermain di perlawanan akhir Piala Malaya, di mana mereka memenangi kejohanan tersebut. Beliau bermain untuk Pulau Pinang hingga 1967.

Pada tahun 1961, Dato’ M. Kupan diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan yang meraih pingat emas pertama Malaya dalam sukan bola sepak di Sukan SEAP Rangoon. Malaya mengalahkan tuan rumah Burma 2 – 0.

Setelah bersara sebagai permain, beliau mencurah baktinya sebagai jurulatih untuk pasukan kebangsaan dan Pulau Pinang. Beliau telah membentuk pemain-pemain legenda semasa era kegemilangan bola sepak Malaysia seperti Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari, dan Shukor Salleh.

Pada tahun 1974, beliau menjadi jurulatih Pulau Pinang dan membawa mereka menjuarai kejohanan Piala Malaysia. Beliau juga merupakan jurulatih pasukan Malaysia yang berjaya menjuarai Piala Raja Thai 1976 dan Pestabola Merdeka 1976.

Karier Dato’ M. Kupan sebagai jurulatih skuad Malaysia berakhir dengan Piala Presiden 1981 di Korea Selatan. Sememang-memangnya, beliau telah banyak mencapai kejayaan bukan sahaja sebagai seorang pemain, malah sebagai jurulatih yang hebat.

Kami ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Dato’ M. Kupan. Semoga beliau selalu berada dalam keadaan sihat. Kami berharap segala kejayaan dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang oleh generasi sekarang dan masa depan.

Legasi Lagenda sempat menghubungi beberapa legenda bola sepak yang pernah bermain bersama Dato’ M.Kupan untuk memberi ucapan hari ulang tahun beliau yang ke-85:

“Saya pernah bermain bersama Kupan dalam pasukan Pinang Pinang dalam tahun 1962 & 63. Masa tu saya berumur 18 tahun. Kupan lari laju dan tendangan dia kuat. Saya ucapkan selamat hari jadi dan semoga sihat-sihat selalu,” kata Ibrahim Mydin, pemenang pingat gangsa Sukan Asia 1962 dan bekas pemain Pulau Pinang dan Selangor.

“Masa saya kecil, saya pernah tengok Kupan dan adik-adiknya, Baskaran dan Mahathevan bermain bersama kelab Indian Blue Cross melawan Muslim Recreation Club (MRC) yang bapa saya wakili dalam tahun 1950-an. 

“Kupan pandai mengelecek bola dan seorang pemain yang bergaya. Waktu saya mewakili Pulau Pinang, 1968, saya ingat lagi Kupan masuk ke bilik persalinan semasa rehat separuh masa pertama, memberi kata-kata semangat. Saya bermain di sayap kanan sama posisi dengan Kupan. Dia banyak mengajar saya teknik-teknik seperti ‘how to centre a running ball‘ dengan baik.

“Saya ucapkan selamat hari jadi dan semoga panjang umur serta diberi kesihatan yang baik,” imbas Rahim Abdullah, seorang Olimpian Munich ’72, mantan jurulatih Malaysia dan bekas pemain Pulau Pinang, Selangor serta Perak.

Legenda pemain tengah kebangsaan dan Pulau Pinang, Dato’ Shukor Salleh berkata, 

“Saya pernah bermain dengan Kupan pada tahun 1967. Beliau pintar membuat ‘crossing’ dengan tepat. Sebagai pemain, Kupan seorang yang ‘soft-spoken’ tetapi bila menjadi jurulatih, dia seorang yang tegas dan menitikberatkan disiplin. Bagi saya, Kupan merupakan seorang sahabat yang baik. Happy birthday Kupan, my best wishes to you. Our friendship lasts forever.”

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#HarimauMalaya

//

Happy 85th Birthday, Dato’ M. Kupan!

Football legend Dato’ M. Kupan celebrates his 85th birthday today, on October 14. The tall, speedy player was born in Bukit Mertajam, Penang. Quick on his feet, he was given the nickname “Jetboots” due to how fast he would speed through the right wing of the field.

Dato’ M. Kupan started playing football with Indian Blue Cross in the Penang league. He then joined his employer’s club, Penang Port Commission, formerly known as Ferry Youngsters. He made his debut for Penang in 1958 and was granted the opportunity to play in the Malaya Cup final, where they clinched victory. He continued to play for Penang until 1967.

In 1961, he was in the national team that secured Malaya’s first gold medal in football at the 2nd SEAP Games held in Rangoon. Malaya defeated host nation Burma 2 – 0.

After retiring as a player, he became a coach to share his wisdom. Training the likes of Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari and Shukor Salleh, he sculpted many legendary football players during Malaysia’s golden era.

In 1974, he coached Penang that led them to their Malaysia Cup victory. Furthermore, he was the coach that led Malaysia to victories at the 1976 Thai King’s Cup and the 1976 Merdeka Tournament.

Dato’ M. Kupan’s last coaching gig was at the 1981 President’s Cup in South Korea. It is evident that he did not only achieve a great amount of success as a player, but also as a coach.

We would like to wish Dato’ M. Kupan once again a happy birthday and that you remain in good health. We hope that your great achievements and sacrifices made will always be remembered by generations now and later.

Leave A Reply

Your email address will not be published.