Kejuaraan Malaysia di Piala Thomas 1992 (bhg 2)

Bhg 1

Pada 5 Mei 1992, Malaysia membuka tirai kempen Piala Thomas ke-17 mereka dengan penuh gaya setelah kemenangan 5-0 ke atas pasukan England di hadapan 7,000 peminat di Stadium Negara. 

Malaysia tewas kepada Korea Selatan 2-3 pada perlawanan kumpulan seterusnya tetapi bangkit semula untuk mengalahkan Denmark dengan memenangi kesemua lima perlawanan sekali lagi. Setelah menduduki tempat kedua dalam peringkat kumpulan, Malaysia mara ke perlawanan separuh akhir, di mana mereka bertemu juara bertahan, China. 

Setelah satu jam 16 minit, Rashid Sidek berjaya menewaskan Zhao Jinhua dalam perlawanan sengit. Ia juga merupakan kemenangan peribadi bagi Rashid yang sebelum ini tidak pernah mengalahkan pemain No. 1 dunia itu. 

Pasangan beregu Razif dan Jalani Sidek pula meletakkan Malaysia 2-0 ke atas China sebelum Foo Kok Keong dengan malangnya tewas kepada Wu Wenkai. Malaysia memperoleh mata kemenangan melalui Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang dan begitu juga bagi China dalam perlawanan perseorangan ketiga. Dengan itu, Malaysia telah menempah tempat ke peringkat akhir.

Pada 16 Mei, 12,000 penonton membanjiri Stadium Negara untuk menyaksikan perlawanan akhir antara Malaysia dan Indonesia, dengan sepanduk-sepanduk seperti “Tenggelamkan Garuda” daripada peminat tuan rumah dan “Tunggu 25 Tahun Lagi” daripada peminat lawan. 

Dalam perlawanan perseorangan pertama yang mencabar, “Raja Stadium Negara”, Rashid Sidek berjaya menewaskan Ardy Wiranata selepas tiga set. Namun, Rudy Gunawan & Eddy Hartono menang ke atas adik-beradik Sidek dalam perlawanan beregu pertama. Setelah terikat 1-1, Foo Kok Keong berjaya meletakkan Malaysia kembali di hadapan dengan kemenangan “straight sets” mengalahkan Alan Budikusuma, membuatkan penyokong riuh meraikan kemenangan.

Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia dengan mengalahkan pasangan Ricky Subagja & Rexy Mainaky. Walaupun Kwan Yoke Meng tewas kepada Joko Suprianto dalam perlawanan perseorangan ketiga, kejuaraan adalah milik mereka.

Seluruh negara terhenti malam itu menantikan kemenangan Piala Thomas pertama Malaysia dalam masa 25 tahun. Malah, perlawanan liga Malaysia ditangguhkan supaya peminat bola sepak dapat menyaksikan aksi badminton. Ternyatalah bahawa sukan dapat menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat.

//

On 5 May 1992, Malaysia played their opening match at the 17th Thomas Cup in style with a swift 5-0 victory over England in front of 7,000 fans at Stadium Negara. 

Later in the group stage, after a 2-3 loss to South Korea, Malaysia bounced back to trounce Denmark with another 5-0 win. Finishing second in the group, Malaysia advanced to the semi-finals, where they met defending champions, China. 

Rashid Sidek was up first against Zhao Jinhua for a ferocious match that lasted 1 hour and 16 minutes, with Malaysia emerging as the winner. It was a personal victory for Rashid as he had never defeated the World No. 1 before. 

Razif and Jalani Sidek’s doubles win put Malaysia in the lead 2-0 before Foo Kok Keong unfortunately lost to Wu Wenkai. Malaysia secured another win through Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang and so did China in the last singles match. And with that, Malaysia secured a place in the finals. 

On 16 May, 12,000 spectators flooded Stadium Negara to witness Malaysia take on Indonesia in the final round, displaying banners such as “Sink the Garuda” from home fans and “Wait another 25 years, Malaysia” from their rivals’ side. 

In a tough first singles match, the “King of Stadium Negara”, Rashid Sidek ultimately overpowered Ardy Wiranata in a three-set clash. However, Rudy Gunawan & Eddy Hartono won over the Sidek brothers in the first doubles match. At 1-1, Foo Kok Keong managed to put Malaysia back in the lead after his straight-set victory over Alan Budikusuma, sending the audience wild in celebration. 

Malaysia needed just one more win to clinch the title and they secured it through Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang after they defeated Ricky Subagja & Rexy Mainaky. Although Kwan Yoke Meng fell to Joko Suprianto in the third singles match, victory was theirs. 

The whole nation came to a standstill that night anticipating Malaysia’s first Thomas Cup win in 25 years. Even Malaysian league matches were postponed so football fans could catch the badminton action, bringing together Malaysians from all walks of life.

Leave A Reply

Your email address will not be published.