Dalam Kenangan: Rahim Abdullah

DALAM KENANGAN 
RAHIM ABDULLAH
12 September 1947 – 25 Mac 2025

Pada hari ini, Legasi Lagenda mengenang jasa dan pencapaian Allahyarham Rahim Abdullah yang telah meninggalkan kita genap setahun lalu pada 25 Mac 2025.

Anak jati Pulau Pinang, Rahim bermula mewakili negeri kelahirannya pada tahun 1965 untuk Piala Burnley sebelum diserapkan dalam skuad utama demi perjuangan merebut Piala Malaysia pada tahun seterusnya. Penampilan terakhirnya bersama Pulau Pinang adalah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1968 di mana mereka tewas 1-8 kepada Selangor.

Selaras dengan perpindahan tempat kerja beliau sebagai pegawai polis, Rahim turut mewakili pasukan Perak dan Selangor. Dengan ini, beliau berjaya menjuarai Piala Malaysia empat tahun berturut-turut: edisi 1970 bersama Perak serta 1971-73 bersama Selangor. 

Sebagai pemain pasukan kebangsaan, Rahim Abdullah telah bertanding di beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Pestabola Merdeka, Kejohanan Ulang Tahun Jakarta, Piala Kemerdekaan Vietnam Selatan, dan Kelayakan Piala Dunia, hinggalah ke pentas tertinggi baginya iaitu Sukan Olimpik Munich 1972 yang juga merupakan detik terindah.

Dedikasi dan minat terhadap bola sepak yang telah sebati dalam dirinya mendorong Rahim untuk meneruskan kerjayanya sebagai jurulatih setelah bersara sebagai pemain.

Semoga segala kejayaan dan pengorbanan Rahim Abdullah senantiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi muda dan yang akan datang. 

//

Today, Legasi Lagenda would like to look back at the successes and contributions of the late Rahim Abdullah who left us exactly one year ago on 25 March 2025.

A Penang native, Rahim’s football career began with representing his home state in 1965 at the Burnley Cup before joining the main squad in the fight for the Malaysia Cup the following year. His last appearance with Penang was at the 1968 Malaysia Cup final where they fell 1-8 to Selangor.

In line with job transfers as a police officer, Rahim also represented Perak and Selangor. With them, he successfully won the Malaysia Cup four years in a row: the 1970 edition with Perak and 1971-73 with Selangor.

As a national team player, Rahim Abdullah competed in various international tournaments including the Merdeka Tournament, Jakarta Anniversary Tournament, South Vietnam Independence Cup, and World Cup qualifiers to the highest stage that he conquered, the 1972 Munich Olympic Games, which was also a cherished memory. 

Rahim’s unwavering dedication and love for football led him to continue his career as a coach after retiring as a player.

May all of Rahim Abdullah’s successes and sacrifices always be remembered and be an inspiration to the younger and future generations.

Leave A Reply

Your email address will not be published.