40 Tahun Lalu – Kejuaraan pertama Johor di Piala Malaysia

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) telah membuktikan bahawa mereka adalah gergasi dalam kancah bola sepak Malaysia. 

JDT FC sememangnya sebuah kelab bola sepak kebanggaan negeri Johor. Namun, sebelum ini, sejarah bola sepak negeri di selatan tanah air tidak selalu berada di tempat tertinggi. 

Pasukan Johor hanya berjaya memperoleh kejuaraan Piala Malaysia pertama mereka setelah kejohanan tersebut berada dalam edisi ke-65, 40 tahun yang lalu. 

Pada 13 Julai 1985, Johor menjulang trofi yang diidamkan itu buat kali pertama selepas menewaskan pasukan Wilayah Persekutuan 2–0 dalam perlawanan akhir. Seramai 30,000 penonton menyaksikan sejarah tercipta di Stadium Merdeka pada malam itu. 

Ketika itu, Johor diwakili oleh pemain-pemain handal seperti Khalid Shahdan, Nasir Yusof, Dollah Salleh dan tidak lupa kapten pasukan, Kamaruddin Ahmad. 

Malam itu juga menandakan perlawanan akhir Piala Malaysia pertama bagi Johor, yang telah memastikan gawang gol tidak dibolosi sepanjang kejohanan. Setelah menyingkirkan juara bertahan Selangor pada peringkat separuh akhir, Johor semenangnya pasukan kegemaran untuk mengambil tempat mereka. 

Sah mereka berjaya. Gol pertama Johor dijaringkan oleh Muhidin Husin pada separuh masa pertama sebelum Fadzli Ahmad menghasilkan satu lagi gol pada minit ke-48 untuk menang 2–0. 

Jelas sebuah peristiwa yang istimewa bagi negeri selatan tersebut, sehingga Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar  turun ke trek padang selepas gol pertama dijaringkan untuk menggalakkan penyokong Johor untuk terus memberi sorakan kepada pasukan mereka. Yang di-Pertuan Agong pada masa itu turut mengisytiharkan cuti umum buat negeri Johor sempena kemenangan mereka.

Pemain Terbaik dianugerahkan kepada pemain muda berumur 21 tahun, Khalid Shahdan, bersama-sama jam tangan yang disumbangkan oleh Dunhill dan sebuah trofi. Beliau sesungguhnya membuktikan kecederaan bahu yang dialami dua hari sebelum perlawanan tidak menjadi halangan. Pasukan Johor juga berjaya merangkul anugerah Milo Fairplay yang disertai hadiah wang tunai RM10,000.

Wilayah Persekutuan: M. Pavalamani, Razip Ismail, Tang Siew Sin, Kamaruddin Yusof, Serbegeth Singh, Hashim Marman, Subadron Aziz (Michael Cheng), Mohd Zan Mat Aris (Yip Chee Keong), Ramlan Askolani, Saidin Osman, Kannan Kunjuraman

Johor: Salleh Mohd Noor, Ismail Ibrahim, Azuan Zain, Kamaruddin Ahmad (kapten), Ahmad Merican, Khalid Shahdan, Dollah Salleh, Nasir Yusof, Fadzli Ahmad, Muhidin Husin, Azmi Taib (Kamaruddin Ahmad). 

//

In recent years, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) has proved to be a giant in the Malaysian football scene. 

JDT has been a source of pride for the state of Johor. However, the southern state was not always on top when it comes to football. 

It was not until the tournament’s 65th year (previously known as the Malaya Cup) 40 years ago that they secured their first victory at the Malaysia Cup.

On 13 July 1985, Johor lifted the coveted trophy for the first time after defeating Wilayah Persekutuan 2-0 in the final match. Around 30,000 spectators witnessed history being made at Merdeka Stadium that night. 

At the time, Johor was represented by players like Kahlid Shahdan, Nasir Yusof, Dollah Salleh, and not forgetting their team captain Kamaruddin Ahmad. 

Marking their first Cup final as well, Johor had yet to concede a goal in the tournament. After eliminating defending champions Selangor in the semi-finals, the odds were in their favour as the favourite to win. 

And with that, they did. Johor’s first goal was scored in the first half by Muhidin Husin before Fadzli Ahmad made it 2–0 in the 48th minute. 

Evidently a momentous occasion for Johor, Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar went down on to the athletic track to encourage Johor fans to keep cheering on after the first goal. The Yang diPertuan Agong at the time also declared a state-wide public holiday to celebrate the win. 

Man of the Match was awarded to 21-year old Khalid Shahdan, along with a watch donated by Dunhill and a trophy, proving that a shoulder injury sustained two days before the final was no obstacle. The winning team also clinched the Milo Fairplay Award that came with a cash prize of RM10,000.  

Leave A Reply

Your email address will not be published.