Jawatan Presiden FAM milik Datuk Mohd Joehari

Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke-61 yang telah diadakan pada 15 Februari 2025 mengesahkan tampuk kepemimpinan FAM bertukar tangan. Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub menang jawatan Presiden tanpa bertanding menggantikan Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin yang telah melepaskan jawatan.

Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub merupakan Presiden FAM ke-8 yang berkerakyatan Malaysia sejak Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Presiden FAM pertama yang menggantikan Presiden yang sebelumnya berdarah British pada tahun 1951. Presiden FAM selepas Perang Dunia ke-2 dari tahun 1947 terdiri daripada J.E. King, H.P. Bryson dan Dr. C. Rawson.

Dr. C. Rawson merupakan Presiden FAM yang berketurunan British terakhir dari 1949 sebelum Tunku Abdul Rahman mengambil alih pada Mesyuarat Agung Tahunan 1951.

Pertukaran ini menandakan era moden baharu bagi FAM kerana ia juga merupakan kali pertama keseluruhan Jawatan Eksekutif dianggotai oleh ahli-ahli warganegara Malaya.

Sebagai negara yang sedang berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan, ini merupakan satu loncatan dalam pembangunan bola sepak dan pada masa yang sama penghormatan dan peningkatan prestij FAM.

Kami mengucapkan tahniah kepada Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dan seluruh Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025-2029. Selamat menjalankan tugas dan semoga bola sepak tanah air terus maju.

Kredit foto: FAM
Lencana logo FAM dari tahun 1947 daripada Arkib Legasi Lagenda

//

The 61st Football Association of Malaysia (FAM) Annual Congress held on 15 February 2025 saw the leadership change hands. Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub won unopposed as he took over the position from Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin, who stepped down.

Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub is the 8th FAM President elected who is a Malaysian citizen since Tunku Abdul Rahman became the first, replacing the President from England who preceded him in 1951. After World War II, the FAM Presidents from 1947 included J. E. King, H. P. Bryson and Dr. C. Rawson.

Dr. C. Rawson was the last FAM President of British descent from 1949 until Tunku Abdul Rahman was elected at the 1951 Annual General Meeting. This marked a new modern era for FAM as it was also the first time that the entire Executive Committee was composed of members from Malaya. As the country worked towards independence, it led to a leap in football development and in turn, FAM’s prestige.

Congratulations to Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub and the FAM Executive Committee for the 2025-29 term. We wish them all the best in their duties and look forward to seeing the progress in Malaysian football.

Photo credit: FAM
1947 FAM logo badge taken from Legasi Lagenda’s archive

Leave A Reply

Your email address will not be published.