Hari Perlawanan – Oman v Malaysia

Kali terakhir Malaysia berjaya mencatat kemenangan ke atas pasukan bola sepak Oman adalah di Pestabola Merdeka 2000 di mana kedua-dua pasukan bertemu pada peringkat kumpulan.

Setelah permulaan yang agak muram pada kejohanan itu, Harimau Malaya mempamerkan aksi yang lebih memberangsangkan pada malam itu berbanding dengan perlawanan pertama mereka, di mana pasukan kebangsaan seri tanpa jaringan dengan New Zealand.

Walaupun bermain lebih agresif, anak didik jurulatih Haji Abdul Rahman hanya dapat menembusi pintu gol lawan pada separuh masa kedua. Gol pertama dijaringkan menerusi tandukan Anuar Jusoh pada minit ke-53. Sementara itu, segala usaha penyerang Rusdi Suparman sepanjang perlawanan membuahkan hasil setelah berjaya menyumbat gol kedua Malaysia lima minit sebelum wisel penamat ditiupkan. Malaysia mengalahkan Oman 2–0.

Malaysia berjaya ke peringkat akhir Pestabola Merdeka 2000 namun mereka dikecewakan oleh New Zealand 0–2.

Barisan pemain Harimau Malaya: Kamarulzaman Hassan, Bakhtiar Othman, Khairil Zainal, Rosdi Talib, Anuar Jusoh, B. Rajnikandh, Ahmad Shahrul Azharl, R. Suresh Kumar, Leong Hong Seng, Ramos Sari, S. Sivaram, Nizaruddin Yusof, Bobby Pian, Rusdi Suparman

//

Pada jam 2:00 pagi Jumaat ini MYT (10:00 PM malam ini waktu Oman) pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon akan turun menentang Oman di Stadium Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027.

Sama-sama kita menyokong pasukan Malaysia. Semoga mereka beroleh keputusan yang positif.

Selamat maju jaya Harimau Malaya!

MATCH DAY
Oman 🇴🇲 v 🇲🇾 Malaysia

The last time Malaysia won against Oman’s national football team was at the 2000 Merdeka Tournament, where they met at the group stage. After a rather poor start to the tournament, Harimau Malaya demonstrated a better performance on the night compared to their first match against New Zealand, where they drew 0–0.

Even by showing more aggression in their play, it was not until the second half where the team under Coach Haji Abdul Rahman scored both of their goals. The first was through a header by Anuar Jusoh in the 53rd minute. Meanwhile, striker Rusdi Suparman’s efforts finally came to fruition as he gave Malaysia their second goal five minutes before the final whistle blew. Malaysia won 2–0.

Malaysia managed to advance to the final round of the 2000 Merdeka Tournament but unfortunately lost to New Zealand 0–2.

Harimau Malaya line-up: Kamarulzaman Hassan, Bakhtiar Othman, Khairil Zainal, Rosdi Talib, Anuar Jusoh, B. Rajnikandh, Ahmad Shahrul Azharl, R. Suresh Kumar, Leong Hong Seng, Ramos Sari, S. Sivaram, Nizaruddin Yusof, Bobby Pian, Rusdi Suparman

//

Harimau Malaya, under coach Kim Pan-gon will go up against Oman at the Sultan Qaboos Sports Complex Stadium, early this Friday morning at 2:00AM (MYT; 10PM tonight in Oman time) for their 2026 World Cup / 2027 Asian Cup Qualifiers match.

Let’s support the Malaysian team and hope for a positive outcome.

All the best, Harimau Malaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.