18 Mac 1987 – Penghujung jalan Harimau Malaya dan Dr Jozef Venglos

Malaysia memerlukan kemenangan dengan kelebihan dua gol dalam perlawanan timbal balik untuk mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik Seoul 1988. Satu-satunya pasukan lawan yang menghalang mereka ialah Thailand, setelah Korea Utara boikot kejohanan tersebut. 

Pada perlawanan pertama yang diadakan pada 14 Mac 1987, Thailand berjaya menang 1–0. 

Seperti mana pertandingan yang pertama, Thailand berjaya mendapat gol pada awal perlawanan kedua pada 18 Mac. Ronnachai Sayomchai sekali lagi menjadi duri dalam daging  buat Harimau Malaya apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ketiga. Ini diikuti dengan gol kedua hasil tendangan kencang Pichai Kongsri pada minit ke-26. Malaysia harus menunggu sehingga mint ke-35 untuk mendapatkan gol menerusi Ahmad Yusof. Gol pertama Harimau Malaya ini menandakan mereka semakin fokus untuk menyerang berbanding dengan perlawanan pertama. 

Malaysia mengekalkan momentum pada separuh masa kedua dan Lim Teong Kim berjaya menghasilkan gol kedua melalui sepakan percuma pada minit ke-56. Pasukan Harimau Malaya berjuang bermati-matian sehingga tamat perlawanan untuk mendapatkan gol ketiga yang diidamkan. Namun, harapan mereka tidak menjadi kenyataan. Pasukan Thailand berjaya mara ke pusingan kedua dengan agregat 3–2.

Tamatnya perjalanan Malaysia ke Sukan Olimpik juga merupakan penghujung karier Dr Jozef Venglos sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya. Beliau yang sebelum ini bersama pasukan Kuala Lumpur pada tahun 1985, dengan kepakarannya telah menyuntik teknik moden bola sepak ke dalam pasukan. Beliau juga turut mengetatkan disiplin dan berkehendakkan pemain didikannya bermain dan berkelakuan secara profesional.

Setelah dilantik sebagai ketua jurulatih Malaysia pada 1986, Venglos berjaya mengemudi pasukan Harimau Malaya meraih kejuaraan Pestabola Merdeka 1986. Pada perlawanan akhir, Malaysia menewaskan Sigma Olomuc, sebuah kelab dari negara asal beliau, Czechoslovakia, 3–0 menerusi jaringan daripada Wong Hung Nung, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh. 

Pada tahun 1988, Venglos kembali ke tanah air beliau setelah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Czechoslovakia dan berjaya membawa anak didiknya ke peringkat suku akhir Piala Dunia 1990. Seorang yang berwatak tegas dengan karier antarabangsa yang cemerlang meninggal dunia pada usia 84 dalam tahun 2021.  

Barisan pemain Malaysia: Salleh Mohamed Noor, Razip Ismail, Kamarulzaman Yusof (Saidin Osman), P. Dharmalingam, Salim Mahmud, Lim Teong Kim, Ahmad Yusof, Hashim Mustapha (Radhi Mat Din), Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Khalid Shahdan

March 18, 1987
The end of the road for Harimau Malaya and Dr Jozef Venglos

Malaysia desperately needed a win to advance to the second round of the 1988 Seoul Olympic Games Qualifiers. The only rivals who stood in their way was Thailand after North Korea dropped out of participating.

Thailand secured a crucial 1–0 win in the first match held on March 14, 1987.

In their second match on March 18, Thailand once again took the early lead with a goal three minutes in by Ronnachai Sayomchai followed by a powerful hit by Pichai Kongsri in the 26th minute. It was not until the 35th minute that Ahmad Yusof scored Malaysia’s opening goal to prove a more focused attack compared to their initial match. 

They kept the momentum going in the second half as Lim Teong Kim successfully gave Malaysia their second goal through a free kick in the 56th minute. A third goal was needed if they still wanted to be in the race and the Malaysian team fought until the end. However, no goal came to fruition and their hopes were dashed. The Thais advance to the second round on a 3–2 aggregate. 

The end of their Olympic journey also marked the end of Dr Jozef Venglos’ reign as head coach of Harimau Malaya. He first joined Kuala Lumpur (known then as Federal Territory) in 1985 and through his expertise, helped introduce modern techniques to the squad. He implemented strict guidelines and expected his players to play and behave as professionals. 

After being appointed Malaysian national coach in 1986, Venglos led the team to victory at the 1986 Merdeka Tournament. Malaysia defeated Sigma Olomuc, a club from his Czechoslovakian homeland, 3–0 in the final round through goals from Wong Hung Nung, Zainal Abidin Hassan and Dollah Salleh. Venglos then returned to Czechoslovakia and became their head coach in 1988, taking the national team to the quarter-finals of the 1990 World Cup. The headstrong coach with an illustrious international career passed away in 2021 at the age of 84. 

Malaysia Line-up: Salleh Mohamed Noor, Razip Ismail, Kamarulzaman Yusof (Saidin Osman), P. Dharmalingam, Salim Mahmud, Lim Teong Kim, Ahmad Yusof, Hashim Mustapha (Radhi Mat Din), Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Khalid Shahdan

Leave A Reply

Your email address will not be published.