Azraai Khor (1952 – 2024)

SALAM TAKZIAH.

Legasi Lagenda mengucapkan salam takziah kepada keluarga tersayang Allahyarham Azraai Khor yang telah menghembuskan nafas terakhir beliau sebentar tadi.

Berasal dari Kedah, Allahyarham telah menyarung jersi Hijau Kuning pada zaman 1970-an. Bersama skuad kebangsaan, Allahyarham telah bermain di pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk Pestabola Merdeka, Piala Raja Thai, Sukan SEA dan Sukan Asia.

Setelah bersara, Allahyarham mula menabur bakti sebagai skuad Piala Presiden Kedah pada 1991 sebelum menjadi penolong jurulatih skuad Hijau Kuning pada 1993 dan berjaya menjulang trofi Piala Malaysia.

Allahyarham telah dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah dari tahun 2004 hingga 2009 dan telah membantu mereka melakar sejarah apabila muncul sebagai juara double treble pada musim 2007 dan 2008.

Marilah kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Kita doakan juga keluarga Allahyarham tabah dan sabar mengharungi kehilangan insan yang disayangi.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya

Legasi Lagenda wishes to extend our heartfelt condolences to the family of Allahyarham Azraai Khor, who took his last breath earlier today.

Born and raised in Kedah, Allahyarham wore the green & yellow jersey during the 1970s. With the national team, he played in various international tournaments including the Merdeka Tournament, Thai King’s Cup, SEA Games and Asian Games.

After retiring as a player, Allahyarham first began coaching Kedah’s President’s Cup squad in 1991 before being appointed assistant coach of the Hijau Kuning squad in 1993 and helping them win the Malaysia Cup that year.

He was Kedah’s head coach from 2004 and 2009 and helped them make history when they emerged as double treble champions in 2007 and 2008.

Let us pray that his soul is showered with Allah SWT’s blessings and for him to be placed among the believers. We also pray for his family to stay strong as they face the loss of their loved one.

Leave A Reply

Your email address will not be published.