Selamat Hari Lahir, Dato’ Shukor Salleh!

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari kelahiran yang ke-75 kepada Dato’ Shukor Salleh. Semoga Dato’ dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Karier bola sepak Shukor Salleh bermula pada tahun 1966 apabila beliau dipanggil untuk menyertai skuad belia Pulau Pinang untuk bertanding di Piala Burnley. Pada tahun itu, Pulau Pinang dan Selangor digelar juara bersama setelah seri 2-2 pada perlawanan akhir. Bersama skuad senior Pulau Pinang, Shukor telah menjuarai Piala Malaysia 1974.

Shukor telah banyak berjasa demi bola sepak negara. Pada 2021, beliau dimasyhurkan sebagai anggota Kelab Abad FIFA setelah mengumpul 163 caps bersama Harimau Malaya dari 1970 ke 1981. Menurut senarai FIFA, beliau hanya satu tempat di bawah pemain dengan caps tertinggi Malaysia iaitu Datuk Wira Soh Chin Ann. 

Shukor merupakan pemain legenda yang beraksi pada zaman keemasan Harimau Malaya dan pernah dianugerahkan Olahragawan Kebangsaan 1977. Antara kejayaan Shukor termasuk memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974, menjuarai Pestabola Merdeka empat kali (1973, 1974, 1976, 1979), memenangi pingat emas Sukan SEA 1977 & 1979 dan banyak lagi. 

Detik terindah bagi Shukor tentunya kelayakan ke Sukan Olimpik Moscow 1980. Setelah mencapai tempat pertama dalam Kumpulan B, Malaysia menentang Korea Selatan di perlawanan akhir. Malaysia berjaya menang 2–1. Namun, hasrat untuk bermain di pentas Olimpik tidak kesampaian setelah kerajaan membuat keputusan untuk memulaukan temasya tersebut sebagai bantahan terhadap pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan.

Kisah perjuangan dan pengorbanan sang legenda telah dibukukan dalam penerbitan sulung kami, DATO’ SHUKOR SALLEH – JENERAL PADANG. 

Sempena hari kelahiran beliau, Legasi Lagenda menawarkan buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang dengan HARGA PROMO RM145 sepanjang bulan Disember ini.

Dapatkan sekarang hanya di https://legasilagenda.com/shop

//

Legasi Lagenda wishes national football legend Dato’ Shukor Salleh a happy 75th birthday. May he remain in good health and always be blessed under the protection of Allah SWT. 

Shukor’s football career began in 1966 when he was called up to join the Penang youth squad to compete for the Burnley Cup. Penang and Selangor were declared joint champions that year after a 2-2 draw in the final round. Playing with the senior team, Shukor won the Malaysia Cup in 1974. 

Shukor has given a lot towards Malaysian football. In 2021, he was inducted into the FIFA Century Club after an official count of 163 caps with Harimau Malaya from 1970 to 1981. According to FIFA’s list, he held the second highest number of caps in Malaysia below Datuk Wira Soh Chin Ann. 

As a legendary player, Shukor played with Harimau Malaya in their golden era. His achievements include winning the bronze medal at the 1974 Asian Games, winning the Merdeka Tournament four times (1973, 1974, 1976, 1979), bringing home the gold medal from the 1977 & 1979 SEA Games and many more. 

A momentous occasion for Shukor was certainly qualifying for the 1980 Moscow Olympic Games. After placing first in Group B, Malaysia met South Korea in the final match, where Malaysia won 2-1. However, his dream of playing on the Olympic stage was squashed after the Malaysian government decided to boycott the Games as a protest against Russia’s invasion of Afghanistan. 

The story of his journey and sacrifices have been immortalised in our first publication, DATO’ SHUKOR SALLEH – JENERAL PADANG.

In celebration of his birthday, Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang is currently on promo for only RM145 throughout the month of December.

Get yours now from our shop (linked above).

Leave A Reply

Your email address will not be published.