Dalam Kenangan – Roslan Buang

Hari ini, kami mengenang jasa Allahyarham Roslan Buang, yang telah meninggalkan kita tiga tahun lalu pada 3 Oktober 2020. Pada zaman 1960an, beliau antara pemain tengah hebat yang pernah beraksi dengan legenda-legenda bola sepak negara seperti Edwin Dutton, Abdul Ghani Minhat, Robert Choe, Ibrahim Mydin dan Yee Seng Choy. 

Pada tahun 1959, Roslan dipilih untuk menyertai pasukan belia kebangsaan untuk edisi pertama Kejohanan Belia Asia. Pertandingan ini yang julung kali dianjurkan merupakan cetusan idea Tunku Abdul Rahman. Malaya berjaya menjadi naib johan pada edisi pertama dan kedua. Roslan juga bermula bermain dengan pasukan Selangor Rangers pada tahun yang sama. 

Pada tahun 1960, Roslan mula menganggotai Selangor FA dan pasukan Malaya. Beliau merupakan seorang bintang menyerlah bersama pasukan Selangor. Mereka berjaya menjuarai Piala Malaysia untuk tiga kali berturut-turut – 1961, 1962, 1963. 

Roslan juga mencapai kejayaan bersama pasukan Malaya. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan yang dijemput untuk bertanding di Piala Kemerdekaan Vietnam Selatan pertama pada 1961. Malaya menduduki tempat kedua setelah mengalahkan Indonesia 3-1 dan tewas kepada Vietnam Selatan 0-1. 

Kemuncak karier Roslan pastinya apabila beliau bermain di Sukan Asia Jakarta 1962, di mana beliau membantu Malaya merangkul pingat gangsa. Pasukan kebangsaan berjaya menewaskan Vietnam Selatan 3-1 pada perlawanan tempat ketiga.

Memang tepatlah Roslan Buang diberikan nama jolokan “Trojan” dengan cara permainan beliau yang senantiasa menjadi nadi penggerak pasukan apabila diasak lawan dan menyerang kubu musuh. Beliau, yang sentiasa menunjukkan prestasi terbaik dan tidak mengenal lelah, dikagumi rakan sepasukan, lawan, dan peminat bola sepak negara. Semoga segala kejayaan beliau terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang. 

//

In Memoriam – Roslan Buang

Today, on the anniversary of his death, we remember the life and accomplishments of the late Roslan Buang, who passed away three years ago on October 3rd, 2020. He was a formidable midfielder who played alongside fellow legends of the 1960s including Edwin Dutton, Abdul Ghani Minhat, Robert Choe, Ibrahim Mydin and Yee Seng Choy. 

Roslan was selected to join the national youth team in 1959 for the inaugural Asian Youth Football Tournament. The first of its kind, the junior tournament was the brainchild of Tunku Abdul Rahman. Malaya were runners-up in its first and second edition. He also joined Selangor Rangers in the same year.

In 1960, Roslan became part of Selangor FA and the Malayan national team. He was a star with Selangor, a team that won three editions of Malaysia Cup in a row – 1961, 1962 and 1963. 

Roslan has also reaped successes with Malaya. He was part of the squad that was invited to the inaugural South Vietnam Independence Cup in 1961. Malaya placed second after a 3-1 win over Indonesia and a 0-1 loss to South Vietnam. 

A momentous occasion of his career was certainly playing at the 1962 Asian Games in Jakarta, where he helped Malaya win a bronze medal. The team defeated South Vietnam 3-1 in the third-place match. 

Roslan Buang lived up to his “Trojan” nickname, which was given to him as he was a force on the pitch, even when he gets pushed by his opponents as he attacks their defence. He always gave his best with his tireless moves that impressed teammates, opponents and football fans alike. We hope his successes continue to be an inspiration for generations to come. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.