Pestabola Merdeka: Warisan Kebijaksanaan Dan Keberanian Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman merupakan Bapa Bola Sepak bagi Harimau Malaya. Beliau juga telah memainkan peranan besar dalam mencorak perjalanan bola sepak Asia. Lebih dikenali dengan panggilan nama Tunku, beliau adalah seorang insan yang telah menzahirkan sebuah kejohanan antarabangsa kepada negara-negara Asia dengan Pestabola Merdeka.

Tunku, Perdana Menteri pertama negara yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada saat negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 amat berjiwa rakyat. 

Beliau sangat meminati sukan bola sepak. Beliau sendiri bermain sewaktu remaja di Penang Free School dan semasa belajar di Cambridge. Sememangnya, Tunku amat peka bahawa bola sepak merupakan sukan yang sangat popular dan merupakan sukan rakyat. 

Beliaulah yang mencetuskan idea agar sebuah kejohanan bola sepak jemputan antarabangsa dianjurkan sempena menyambut Hari kemerdekaan negara. Antara matlamat beliau adalah untuk menyatukan rakyat Malaya yang berbilang kaum melalui sukan khususnya bola sepak. 

Pada ketika itu, ramai ahli exco membantah cadangan Tunku untuk menanggung perbelanjaan pasukan pelawat dengan sepenuhnya. Mana tidaknya, belum pernah ada mana-mana persatuan bola sepak di dunia yang berbuat sedemikian, apatah lagi sebuah negara yang baru merdeka. Baru setahun sebelumnya, Stadium Merdeka dibangunkan dengan kos bernilai RM2.3 juta. Namun, Tunku tidak berganjak. Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya FAM mengalami kerugian, beliau sendiri akan mencari jalan untuk menampungnya.

Ternyata, visi dan matlamat Tunku tercapai dengan jayanya. Ramai yang berpusu-pusu ke Stadium Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan dan turut hadir membanjiri untuk menyaksikan Pestabola Merdeka yang diadakan buat julung kalinya.  

Presiden FIFA pada ketika itu, Sir Stanley Rous, juga terkejut sebuah negara Asia dapat menganjurkan dengan jayanya sebuah kejohanan bola sepak di mana segala perbelanjaan pasukan pelawat ditanggung sepenuhnya oleh tuan rumah. 

Itulah kebijaksanaan dan semangat keberanian seorang pemimpin berjiwa rakyat. Sesungguhnya rakyat Malaysia amat terhutang budi kepada Tunku yang menyemai benih kesejahteraan dan keharmonian rakyat melalui sukan terutamanya bola sepak. Hasil kerja keras Tunku dapat dirasai hingga sekarang. 

Lebih dikenali dengan panggilan nama Tunku, beliau adalah seorang insan yang telah menzahirkan sebuah kejohanan antarabangsa kepada negara-negara Asia dengan kejohanan Pestabola Merdeka.

Warisan sukan negara seharusnya dipelihara agar generasi baharu dan yang akan datang tidak lupa tentang sejarah. Segala pengorbanan, perjuangan dan kejayaan mereka harus dipelajari dan dijadikan teladan serta inspirasi untuk melonjakkan prestasi. Hargailah pengorbanan legenda-legenda sukan tanah air.

InsyaAllah, Legasi Lagenda akan terus membina arkib dan memelihara khazanah sukan untuk tatapan dan pembelajaran semua.

Pada tahun ini, FAM meneruskan kejohanan yang penuh bersejarah ini dengan menganjurkan Pestabola Merdeka edisi ke-42 pada 13-17 Oktober 2023 setelah kali terakhir ia dipertandingkan sepuluh tahun yang lalu pada 2013. 

//

Pestabola Merdeka: The legacy of Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj’s Wisdom and Courage

It would be fair to say that Tunku Abdul Rahman was the father of football for Harimau Malaya. He also played a prominent role in the development of football in Asia. Better known as Tunku, he was the person to first create an international tournament for Asian countries – the Merdeka Tournament. 

Tunku, Malaysia’s first prime minister, was also the President of the Football Association of Malaysia (FAM) at the time the country achieved independence on August 31, 1957. He was truly a patriotic man. 

Tunku had always been fond of the sport, and he played football as a teenager whilst schooling at Penang Free School as well as when he studied at Cambridge. Tunku was very aware that football was a popular sport, it was the people’s sport. 

He was the one who initiated the idea to organise an invitational football tournament in conjunction with celebrating the country’s independence day. It was his vision to unite Malaya’s multiracial people through sports, especially football. 

At the time, executive committee members objected to Tunku’s proposal to fully cover the expenses of the visiting teams. There had not been a football association in the world to do so, much less a newly independent country. It was only a year before that the Merdeka Stadium was developed with a cost of RM2.3 million. Nevertheless, Tunku persevered. He assured that if FAM were to suffer a loss, he would find a way to cover it himself. 

It was evident that Tunku’s vision and goals were achieved successfully. Many flocked to Merdeka Stadium to celebrate the nation’s independence day and also to witness the first edition of the Merdeka Tournament. 

Sir Stanley Rous, FIFA president at the time, was just as surprised that an Asian country could successfully organise a football tournament where all expenses of the visiting teams were fully borne by the host. 

That was the wisdom and courageous spirit demonstrated by a leader who cared for his people. Malaysians are greatly indebted to Tunku who sowed the seeds of prosperity and harmony amongst the people through sports, especially football. Tunku’s hard work can still be felt now.

FAM continues the historic tournament this year by organising the 42nd edition of the Merdeka Tournament from 13-17 October 2023 as it returns after a ten-year hiatus. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.