Wong Kuw Fou – Dari bola sepak ke olahraga

Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1970-an, Wong Kuw Fou, memenangi tiga pingat dalam kategori umur 70-74 tahun di Kejohanan KL International Masters Athletics yang pertama. Beliau memenangi tempat pertama dalam acara lontar peluru dan tempat ketiga dalam acara lempar cakera dan rejam lembing.

Selain ahli sukan tempatan yang mewakili negeri masing-masing, ramai peserta asing antaranya dari India, Indonesia, Singapura dan Uzbekistan turut mengambil bahagian di kejohanan ini yang diadakan pada 3 & 4 Disember 2022 di UM Arena.

“Saya ada tiga orang cucu. Seperti biasa saya akan hadiahkan pingat yang dimenangi kepada cucu-cucu saya. Semua dapat kali ini dan tentu sekali pingat tempat pertama adalah untuk cucu sulung saya,” kata Kuw Fou sambil tersenyum lebar.

”Kita mesti terus aktif bersukan untuk menjaga kecergasan dan kesihatan. Teknik-teknik untuk sukan olahraga yang saya sertai ini, kebanyakannya saya belajar dari Youtube,” tambah beliau lagi.

Kuw Fou, kini berusia 71 tahun, merupakan pemain pertahanan kental yang pernah beraksi bersama skuad Harimau Malaya yang memenangi pingat gangsa di Sukan Asia Tehran 1974. Beliau masih tetap aktif dalam dunia bola sepak. Kini, beliau giat mencurahkan pengalaman beliau dan memberi tunjuk-ajar kepada generasi muda melalui program klinik bola sepak.

Terima kasih kami ucapkan kepada Wong Kuw Fou yang terus mencurah keringat dan menabur bakti kepada sukan tanah air.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya

Wong Kuw Fou – From football to track & field

Former national footballer from the 1970s, Wong Kuw Fou, won three medals in the 70-74 category at the 1st KL International Masters Athletics Championships. He won gold in shot put and bronze in the discus and javelin events.

In addition to local athletes representing their state, many foreign athletes participated in the tournament, which took place on 3 & 4 December 2022 at UM Arena, including those from India, Indonesia, Singapore and Uzbekistan.

“I have three grandchildren. I will always give the medals I have won to them. Everyone gets one this time and of course my gold medal will be for my eldest grandchild,” Kuw Fou said with a big smile.

“We must continue to be active in sports to maintain our fitness and health. Most of the techniques for the sports I’m participating in, I learned from YouTube,” he added.

Kuw Fou, now 71 years old, was a solid defender who once played for the Harimau Malaya team that won bronze at the 1974 Tehran Asian Games. He is still active in the football scene by sharing his experiences and mentoring the younger generations through football clinic programs.

Thank you to Wong Kuw Fou who continues to devote his time and energy into Malaysian sports.

Leave A Reply

Your email address will not be published.