Selamat Hari Kelahiran ke-74, Dato’ Shukor Salleh!

Pada 4 Disember 1948, lahirnya seorang legenda bola sepak yang banyak berjasa kepada negara, Dato’ Shukor Salleh.

Legasi Lagenda ingin mengucapkan selamat hari kelahiran yang ke-74 kepada Dato’ Shukor Salleh. Semoga Dato’ dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Sebagai pemain dan jurulatih, beliau telah mencapai banyak kejayaan. Antaranya, beliau memenangi Piala Merdeka, Piala Raja Thai, pingat gangsa di Sukan Asia 1974 di Teheran dan pingat emas Sukan SEA 1977 dan 1979. Dato’ Shukor Salleh juga berada dalam pasukan yang layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Kisah perjuangan dan pengorbanan sang legenda telah dibukukan dalam penerbitan sulung kami, DATO’ SHUKOR SALLEH – JENERAL PADANG.

Kenalilah personaliti jeneral padang Harimau Malaya dari kata-kata Dato’ Shukor Salleh sendiri dan perspektif legenda-legenda bola sepak seperti Datuk Wira Soh Chin Ann, Datuk Santokh Singh, Dato’ Zainal Abidin Hassan dan ramai lagi.

Buku berkulit tebal ini juga lengkap dengan hampir 300 foto eksklusif dari zaman keemasan bola sepak negara Malaysia.

Sempena hari kelahiran beliau, Legasi Lagenda menawarkan buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang dengan HARGA PROMO RM145 (NP: RM160) sepanjang bulan Disember ini.

Dapatkan sekarang di http://legasilagenda.com/shop

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya

Leave A Reply

Your email address will not be published.