Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Datuk Chu Ah Nge 2022 – PC

Pada 1 Disember 2022, pemain junior dari program pembangunan bola sepak Royal Selangor Club (RSC) berpeluang bermain bersama bekas pemain kebangsaan dalam perlawanan pertunjukan selepas sidang media Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Datuk Chu Ah Nge yang diadakan di Padang RSC, Bukit Kiara Annexe.

3 pemain junior RSC dan 3 bekas pemain antarabangsa Malaysia bergabung dalam perlawanan 6-sebelah dan setiap pasukan menyarung jersi England dan Brazil sempena ‘demam’ Piala Dunia 2022 yang kini melanda. England mengalahkan Brazil 4–3.

Antara bekas pemain yang turun padang adalah V. Kalimutu, Vincent Thambirajah, Wong Kam Fook, A. Jayakanthan, Kamarulzaman Yusof, P. Maniam, P. Somasundram dan Teoh Yit Huat. Datuk Santokh Singh turut hadir menyerikan majlis.

Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Datuk Chu Ah Nge akan berlangsung pada 3 dan 4 Disember di Padang RSC, Bukit Kiara Annexe. Walaupun terhenti selama dua tahun kerana pandemik Covid-19, ia tidak kehilangan glamornya jika dilihat daripada jumlah penyertaan.

Pengerusi penganjur, Datuk Gerald Rakish Kumar, mengumumkan terdapat sembilan pasukan asing dari lima negara, Singapura, Vietnam, Thailand, Maldives dan Indonesia. Pada keseluruhannya ada 16 pasukan yang akan bertanding dalam lima kumpulan umur B-8 tahun, B-10, B12, B-14 dan B-16.

Semestinya kejohanan seperti ini dapat mencungkil dan mempertengahkan bakat pemain-pemain muda yang satu hari nanti bakal mewarnai dunia bola sepak antarabangsa.

//

The Datuk Chu Ah Nge International Soccer Tournament

On December 1, 2022, junior players from the RSC Junior Soccer Development Programme (RSC-JSDP) had the opportunity to play alongside former national players in an exhibition match held after the Datuk Chu Ah Nge international soccer tournament at the Royal Selangor Club Mont Kiara Sports Annexe.

The six-a-side match was played with three junior RSC players and three ex-internationals on each side with the teams wearing England and Brazil jerseys, following the 2022 World Cup fever that has now hit. The England team defeated Brazil 4–3.

The ex-internationals who went on the field include V. Kalimutu, Vincent Thambirajah, Wong Kam Fook, A. Jayakanthan, Kamarulzaman Yusof, P. Maniam, P. Somasundram and Teoh Yit Huat. Datuk Santokh Singh was also present for the occasion.

The Datuk Chu Ah Nge international soccer tournament will take place on December 3 and 4 at the Royal Selangor Club Mont Kiara Sports Annexe. Despite the event being put on hiatus for two years due to the COVID-19 pandemic, the number of entries suggest its popularity has not dwindled.

The organising chairman Datuk Gerald Rakish Kumar announced that there will be nine foreign teams from five countries – Singapore, Vietnam, Thailand, Maldives and Indonesia. A total of 16 teams will compete in five age groups including Under-8’s, Under-10’s, Under-12’s, Under-14’s and Under-16’s.

This tournament can surely unearth and highlight talents of young players who could one day make it into the world of international football.

Leave A Reply

Your email address will not be published.