Salam Takziah, Hashim Mustapha (1966–2022)

Dunia sukan Malaysia telah kehilangan seorang permata, Hashim Mustapha, yang meninggal dunia semalam. Legasi Lagenda mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

Bekas penyerang Harimau Malaya dan Kelantan menghembuskan nafas terakhir beliau pada jam 10:26 malam semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Pada tahun 1981, Allahyarham Hashim Mustapha menyarung jersi Kelantan di Piala Malaysia buat pertama kali. Semasa bermain bersama Kelantan, Allahyarham telah memenangi Kasut Emas Liga Semi-Pro 1993 dan Kasut Emas Liga Perdana 1994.

Bersama pasukan Harimau Malaya pula, Allahyarham Hashim Mustapha membuat penampilan sulung beliau di Sukan SEA 1987, di mana Malaysia memenangi pingat perak. Allahyarham juga telah bermain di Sukan Asia 1994.

Sumbangan dan pengorbanan Allahyarham akan senantiasa dikenang.

Kami doakan semoga roh Allahyarham Hashim Mustapha dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

(Kredit foto asal: Dunia Sukan)

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya

Malaysian sport has lost a gem, Hashim Mustapha, who passed away yesterday. Legasi Lagenda would like to extend our sincerest condolences to his family and loved ones.

The former Harimau Malaya and Kelantan striker took his last breath at 10:26pm last night while in the Intensive Care Unit (ICU) of the Universiti Sains Malaysia Hospital (HUSM) in Kubang Kerian.

In 1981, Hashim Mustapha donned the Kelantan jersey for the Malaysia Cup tournament for the first time. While playing with Kelantan, he was awarded the Semi-Pro League Golden Shoe in 1993 and the Premier League Golden Boot in 1994.

Hashim Mustapha made his debut with the Harimau Malaya team at the 1987 SEA Games, where Malaysia won the silver medal. He also represented Malaysia at the 1994 Asian Games.

His contributions and sacrifices will always be remembered.

We pray that the soul of Allahyarham Hashim Mustapha be showered with the blessings of Allah SWT and that he be placed with the faithful.

(Original photo credit: Dunia Sukan)

Leave A Reply

Your email address will not be published.