Kejohanan Belia AFC 1964

Pada tahun 1959, Tunku Abdul Rahman selaku Presiden FAM dan AFC menerajui perasmian Kejohanan Belia AFC. Edisi pertama menarik minat sembilan negara Asia untuk bersaing dalam pertandingan B-20 yang diadakan di Kuala Lumpur. Tunku sendiri menghadiahkan sebuah piala emas bernilai RM12,000 yang diterbangkan dari kota London dan juara kejohanan akan menerima trofi replika untuk simpanan.

Tunku Abdul Rahman tidak dapat menyembunyikan keterujaan beliau pada hari pertandingan. Dalam ucapan pembukaan, beliau mengatakan bahawa beliau sudah lama menanti saat menjadi tuan rumah kejohanan belia. Beliau yakin pertandingan sedemikian rupa dapat memberi peluang kepada peminat tua dan muda untuk bersama-sama meraikan sukan bola sepak. Pada tahun itu, Korea Selatan muncul juara manakala tuan rumah Malaya menjadi naib juara. Malaya juga muncul sebagai naib juara pada edisi kedua pada tahun 1960 setelah tewas sekali lagi kepada Korea Selatan, 0–4. 

Malaysia semakin serius untuk memenangi kejohanan apabila Vietnam Selatan menjadi tuan rumah pada tahun 1964. Pasukan Malaysia di bawah bimbingan jurulatih P. Velappan dan pengurus pasukan Teoh Chye Hin mengadakan persiapan awal. Latihan pusat diadakan semasa cuti persekolahan bulan Disember 1963 sebelum menghadapi kejohanan pada bulan April 1964. Dari situ, seramai 18 pemain dipilih untuk mewakili pasukan Malaysia.

Malaysia menewaskan Vietnam Selatan 4–0 pada perlawanan pembukaan Kejohanan Belia AFC 1964. Gol dijaringkan oleh Looi Loon Teik, M. Karathu, serta Huang Hooi Jin yang menjaringkan dua gol selepas menggantikan Dali Omar. Setelah tewas kepada Burma (2-5) and seri dengan India (1-1), Malaysia ditetapkan untuk menentang Korea Selatan di perlawanan tempat ketiga. 

Malangnya, pasukan Malaysia dilanda kemalangan tragis beberapa hari sebelum perlawanan tersebut. Pada 26hb April, skuad belia negara dihadiahkan sehari di kolam renang di luar Saigon. Ng Peng Huat mengalami kecederaan maut apabila beliau terjun ke dalam kolam. Beliau berumur 18 tahun pada masa itu. 

Pasukan Malaysia bangkit daripada kejutan kemalangan tersebut dan memberikan persembahan cemerlang semasa perlawanan tempat ketiga. Mereka tewaskan Korea Selatan 5–1. Looi Loon Teik menjaringkan gol pertama pada minit ke-2 dan gol kedua tujuh minit kemudian. M. Karathu pula menjaringkan gol pada minit ke-23. Pada separuh masa kedua, Dali Omar berjaya menghasilkan dua lagi gol untuk Malaysia. Pasukan belia negara yang meraikan kemenangan pada malam itu memakai lilitan hitam (seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas) sebagai tanda penghormatan kepada rakan sepasukan mendiang Peng Huat. 

Skuad Belia Malaysia 1964 terdiri daripada: Chow Chee Keong, Sivabalan, Matthew Chin, Soo-Toh Kim Poh, Fong Siew Hooi, Ng Peng Huat, Abdullah Salleh, Omar Yusoff, A. Ratnasingam, Huang Hooi Jin, Teoh Peng Chooi, M Karathu, Ibrahim Mydin, Looi Loon Teik, Mazlan Harun, Gunaretnam, Agus Salim, dan Dali Omar.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya
#AFFU23

//

In 1959, FAM and AFC President Tunku Abdul Rahman spearheaded the inaugural AFC Youth Championships. The first edition welcomed nine countries from the Asian region for an U-20 tournament held in Kuala Lumpur. Tunku himself donated a gold trophy worth $12,000 that he had flown in from London and the winning team would receive a replica to keep.

Tunku Abdul Rahman could not contain his excitement on the day of the event. In his opening speech, he said that he had looked forward to hosting the tournament for a long time. He believed that it was an opportunity for younger and older football fans to come together and celebrate the sport of football. South Korea emerged as champions while Malaya placed second. Malaya were also runners-up in the second edition after losing to South Korea again, 0–4. 

Malaysia had grown serious for a win when South Vietnam hosted the tournament in 1964. Under the guidance of coach P. Velappan and team manager Teoh Chye Hin, they began centralised training during the December ‘63 school holidays ahead of the tournament in April. From there, 18 players were selected to represent Malaysia. 

In the opening match of the 1964 AFC Youth Championships, Malaysia defeated hosts South Vietnam 4 – 0. Goals were scored by Looi Loon Teik, M. Karathu and Huang Hooi Jin, who scored twice as a substitute player replacing Dali Omar. After losing to Burma (2-5) and a tie with India (1-1), Malaysia was set for a third place match against South Korea. 

Unfortunately, the national youth team was hit with a tragic loss a few days before the match. On April 26, the squad was treated to a day at a swimming pool outside of Saigon. One of their players, Ng Peng Huat, suffered a fatal injury after diving into the pool. He was 18 years old.

The Malaysian team remarkably bounced back from the shock of the accident and gave a brilliant performance, defeating South Korea 5–1. Looi Loon Teik scored the first goal two minutes into the match and the second goal seven minutes later. M. Karathu scored in the 23rd minute while Dali Omar produced two more goals in the second half. The triumphant youth team wore black bands on the night (as shown in the photo above) as a sign of respect for the late Peng Huat. 

The 1964 Malaysian Youth Squad consisted of: Chow Chee Keong, Sivabalan, Matthew Chin, Soo-Toh Kim Poh, Fong Siew Hooi, Ng Peng Huat, Abdullah Salleh, Omar Yusoff, A. Ratnasingam, Huang Hooi Jin, Teoh Peng Chooi, M. Karathu, Ibrahim Mydin, Looi Loon Teik, Mazlan Harun, Gunaretnam, Agus Salim, and Dali Omar.

Leave A Reply

Your email address will not be published.