Majlis Pelancaran Buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang

Setinggi-tinggi terima kasih kepada FAM, khususnya Presiden Datuk Haji Hamidin Mohd Amin dan Setiausaha Agung Tuan Haji Mohd Saifuddin Abu Bakar kerana membenarkan Legasi Lagenda meraikan majlis pelancaran buku ini di rumah bola sepak Malaysia, Wisma FAM.

Legasi Lagenda juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Faizal Azumu dan Timbalan Presiden FAM, YBhg Dato’ Wira Mohd Yusoff Mahadi atas kesudian melancarkan buku sulung daripada Siri Legenda kami.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran legenda-legenda bola sepak negara termasuk Dato’ Abdah Alif, Dato’ N. Thanabalan, Rahim Abdullah, Bakri Ibni, dan Reduan Abdullah. Kami merakamkan sekalung penghargaan kepada mereka yang berkumpul di ‘rumah’ mereka, bagai sirih pulang ke gagang. Melihat wajah-wajah keriangan mereka apabila dapat beramah mesra antara satu sama lain menjadikan majis ini lebih bermakna.

Tidak lupa juga penghargaan kepada bintang utama majlis, Dato’ Shukor Salleh yang menjadi tumpuan para jemputan undangan kami termasuk pengamal media.

Buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang merupakan sepak pertama buat Legasi Lagenda. Kami berharap buku ini mencetuskan budaya menghargai arkib sukan negara. Kami mahu pembaca buku ini, tanpa mengira usia, mengenal tokoh-tokoh bola sepak negara dengan lebih dekat dan menyelami pengorbanan di sebalik kejayaan mereka.

Kami akan terus bekerja keras untuk menubuhkan Muzium Sukan Negara dan Muzium Harimau Malaya. Seperti mana yang diucapkan oleh YB Menteri, kami berharap dapat menjalin kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan ke arah merealisasikan projek ini.

Dapatkan buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang sekarang di https://legasilagenda.com/shop/

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya

Leave A Reply

Your email address will not be published.