Hari Perlawanan Malaysia v Chinese Taipei – Pemain Sayap Harimau Malaya

“Legasi Lagenda dikenang yang kini dijulang”

Pada perlawanan pertama menentang Republik Kyrgyz, pemain sayap Arif Aiman memainkan peranan penting dalam membantu rakan pasukan mendapatkan kesemua gol Malaysia dalam kemenangan 4–3. Larian bola dan hantaran-hantarannya berjaya menghasilkan gol.

Manakala seorang lagi pemain sayap, Faisal Halim muncul sebagai wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan padai minit akhir perlawanan dalam waktu tambahan hasil lorongan bola daripada Arif Aiman.

Pada 27 September 1971, pasukan kebangsaan telah mengalahkan Chinese Taipei (Taiwan) 3–0 di Stadium Perbandaran Seoul, Korea Selatan semasa Kelayakan Olimpik Munich 1972.

Ketika itu, pemain sayap Harimau Malaya berjaya mendapatkan gol. Gol pertama pada minit ke-23 adalah hasil larian Looi Loon Teik dari sebelah kiri padang yang mengelecek beberapa pemain pertahanan lawan sebelum menghantar bola ke depan pintu gol. Pemain Chinese Taipei, Liu Chen Kuo, dalam usaha mengeluarkan bola daripada bahaya menanduk bola masuk ke pintu golnya sendiri.

Tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama, seorang lagi pemain sayap, Salleh Ibrahim menjaringkan gol kedua apabila sepakan kencang kaki kirinya dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Peng Yu-Hsiang.

Beberapa saat sebelum rehat, Loon Teik yang mendapat lorongan bola berjaya menguis bola masuk ke sebelah kiri pintu gol.

Hari ini pasukan kebangsaan akan menentang Chinese Taipei dalam perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 yang akan berlangsung pada jam 7 malam di Stadium Perbandaran Taipei.

Kami ucapkan selamat berjuang dan kekalkan momentum kemenangan kepada Harimau Malaya kendalian Kim Pan-Gon.

Foto menunjukkan pemain-pemain sayap Malaysia kini dan dari era 1970an: Faisal Halim (kiri), Looi Loon Teik & Salleh Ibrahim (tengah) dan Arif Aiman (kanan).

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya

In the first match against the Republic of Kyrgyz, winger Arif Aiman was instrumental in helling his teammates secure all of Malaysia’s goals in a 4–3 victory. His runs and passes helped in producing goals. 

Meanwhile, Faisal Halim, another winger, emerged as the team’s hero when he scored the winning goal in the last minute of extra time as a result of a pass from Arif Aiman. 

On September 27, 1971, the national team defeated Chinese Taipei (Taiwan) 3–0 in at Seoul Municipal Stadium, South Korea during the 1972 Munich Olympic Games Qualifiers. 

Harimau Malaya’s goals were secured also by wingers then. In the 23rd minute, the first goal came from the result of Looi Loon Teik running from the left side and dribbling the ball past several opposing defenders before sending it close to the centre of the goal. In an attempt to clear the ball, Chinese Taipei player Liu Chen Kuo’s header slipped the ball into the net. 

Three minutes before the end of the first half, winger Salleh Ibrahim scored the second goal through a powerful left foot kick from outside the penalty box, defeating goalkeeper Peng Yu-Hsiang. 

Seconds before the halftime whistle blew, Loon Teik received a through pass and flicked the ball into the left side of the goal. 

Today, the national team will face Chinese Taipei in their second match of the 2026 World Cup / 2027 Asian Cup Qualifiers, which will take place at 7pm at the Taipei Municipal Stadium. 

We wish them all the best in keeping the winning momentum to Harimau Malaya, under Kim Pan-Gon.

Leave A Reply

Your email address will not be published.